10 November 2011

PARIS HILTON KE BALI SECARA SEMBUNYI


Pertengahan tahun lalu, Paris Hilton didakwa membatalkan kedatangannya ke Bali, Indonesia. Namun siapa sangka, dalam diam dia kini tiba-tiba dikatakan telah berada di Pulau dewata, Bali.

Perkara itu diluahkan sendiri oleh Paris melalui akaun Twitter rasminya yang mengatakan pada petang selasa lalu (9 November), penyanyi lagu 'Stars are Blind' itu baru sahaja menjejakkan kaki di Bali.

Dalam tweet-nya itu, Paris berkata ia adalah pengalaman pertama kalinya melancong ke sana. Bahkan dia juga mengakui telah lama ingin datang dan mengatakan cutinya di pulau itu pasti akan menakjubkan.




"Just landed in #Bali! So excited to be here for my first time! I've been wanting to come here forever! This is going to be amazing! #YES!," Katanya melalui akaun @ ParisHilton.

Selain itu, Paris turut mendedahkan yang dia jatuh cinta dengan keindahan Bali pada pandangan pertama. Malah dia turut mengagumi keindahan pantai di situ yang dianggapnya seperti syurga dunia.

"Wow! Love the hotel I'm staying at here in #Bali. Absolutely incredible, total paradise right on the beach. So beautiful! Loves it! #YES!," tulisnya.


No comments: