10 November 2011
DEMI MOORE TAK MAHU BERCERAI
Pelakon Demi Moore kelihatannya seperti sudah boleh memaafkan Ashton Kutcher yang sudah curang dengan Sara Leal hingga aksi seks mereka tertangkap melalui kamera tersembunyi baru-baru ini. Dan seperti diduga, Demi tidak akan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu.
"Dia sudah mengatakannya ke Ashton bahawa dia tidak mahu berlakunya perceraian dan mereka sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka," ujar sumber yang rapat dengan pelakon itu.
Sumber itu turut mendedahkan yang kini Ashton berusaha untuk meluangkan lebih banyak waktu bersama bintang 'A Few Good Men itu'. Dengan cara itu, Ashton berharap mereka boleh melupakan kejadian memalukan itu.
"Ashton akan meluangkan masa sebanyak-banyaknya untuk Demi," kata sumber itu lagi dipetik sebagai berkata.
Malah Ashton juga telah menyusun senarai janji-janjinya yang akan dilaksanakan sekiranya dia dimaafkan oleh Demi. Antara janji itu ialah dia akan meluangkan lebih banyak waktu bersama Demi untuk acara keagamaan. Selain itu, Ashton juga akan mengurangkan penggunaan Twitter dan tidak akan mengurat wanita lain.
Tapi... boleh percaya ke??
No comments:
Post a Comment