10 November 2011

FAIZAL ISMAIL TIMANG ANAK BARU 11-11-11..?


Mungkinkah tarikh keramat 11 November 2011 atau lebih cantiknya 11.11.11 menjadi satu detik indah buat penyampai radio HotFM Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI? Ini kerana, tarikh tersebut merupakan tarikh jangkaan isterinya melahirkan anak mereka.

"Salam semua... InsyaAllah kalau tak ada aral, isteri saya dijangka melahirkan anak ketiga kami pada 11.11.11... sekarang ni tengah standby je. Harap anda semua dapat mendoakan yang terbaik buat kami. Terima kasih diucapkan.. doa kami untuk kalian juga... Amin," ujarnya melalui facebook.

Faizal ketika turut serta dalam ibadah korban Aidiladha...
Klik untuk imej besar...






Doa kita moga kali ini semuanya selamat buat Faizal dan kelahiran anak itu nanti bakal mengubat kesedihan lampau.

Untuk info, pada 29 April 2008, anak Faizal bernama Adam Haikal Iman yang baru berusia 12 hari telah meninggal dunia di Hospital Tawakkal, Kuala Lumpur pada jam 5.30 pagi akibat kegagalan jantung.

Menurut Faizal, semasa kelahiran Adam, anaknya mengalami demam kuning dan berada di Hospital Sungai Buloh selama 6 hari. Adam kemudiannya telah dimasukkan semula ke hospital selama 3 hari apabila demamnya masih belum reda.

Adam sembuh selepas itu, namun begitu doktor menerangkan degupan jantung Adam tidak normal dan perlu dihantar ke pakar. Namun Allah lebih sayangkan Adam dan anak itu kemudiannya meninggal dunia.

No comments: