15 November 2011

PENCABAR ASTRO DIDEDAHKAN MALAM INI?


Menurut sumber, Malam ini satu servis baru syarikat televisyen berbayar akan diketengahkan kepada umum di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kerana jika sebut sahaja tentang televisyen berbayar, pastinya minda kita sudah seperti sinonim dengan Astro lantaran penguasaan mereka selama lebih 10 tahun.

Persoalannya sekarang, mungkinkah monopoli Astro itu bakal dipecahkan oleh syarikat baru ini yang bakal didedahkan malam ini?

Difahamkan, syarikat Nilamas Corp Sdn. Bhd. bakal mendedahkan jenama baru yang mampu memecahkan monopoli stesen televisyen berbayar tetapi juga penyedia perkhidmatan IPTV contohnya Telekom Malaysia dan Maxis yang bakal melancarkan perkhidmatan sama.





Antara kandungan yang ditawarkan nanti ialah pendidikan, hiburan, menerbitkan kandungan sendiri dan membeli hak dari luar negara. Ia bukan sahaja menyemarakkan industri hiburan, malah bakal melenyapkan ego syarikat tunggal televisyen berbayar yang selama ini memekakkan telinga daripada mendengar rungutan pelanggan.

Semuanya gara-gara beberapa syarikat TV berbayar seperti MITV dan Mega TV yang tidak mampu menembusi pasaran negara, Ia secara tidak langsung telah mengukuhkan penguasaan Astro hingga pelanggan tiada pilihan lain meskipun disajikan rancangan tidak bermutu termasuk ulang tayang yang melampau.

Oleh yang demikian, adakah anda bersedia untuk tawaran terkini yang mungkin lebih murah dan menjimatkan itu? Atau anda memang suka dan gemarkan rancangan ulang tayang yang kadangkala terganggu disebabkan hujan di kawasan anda?

Jawapannya... tepuk dada tanya selera, tak gitu?

No comments: