15 November 2011

"SAYA YANG TANGGUNG DOSA" - ZARINA ANJOULIE


Bagai menuang air di daun keladi... begitulah perihalnya dengan artis 'berani mati' Zarina Anjoulie Lavocah yang menyifatkan aksi hangatnya dalam majalah FHM Indonesia keluaran Oktober sebagai perkara biasa.

“Saya berani kerana benar. Jika buat ke tak buat, tak ada beza pun. Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya pelik kenapa mereka perlu hentam saya seorang saja sedangkan ramai lagi artis di luar sana yang pakai seksi. Saya letak gambar saya pergi umrah pun kena kutuk juga. Bagi saya, biarlah apapun orang nak cakap, saya buat bodoh saja,” ujar Zarina dipetik sebagai berkata.

Imbas kembali aksi Zarina
Klik untuk imej besar...




“Sesi fotografi ini dibuat pada dua bulan lepas dan kalau diikutkan, sudah dua kali saya tolak pelawaan dari pihak FHM Indonesia. Kalau semua nak tahu, ketika sesi fotografi ini, mereka bagi saya baju lebih seksi lagi iaitu bikini, namun saya minta mereka tukar baju lain.

"Saya hanya jadi diri saya sendiri dan itu adalah pilihan saya. Lagipun, saya yang tanggung semua dosa saya. Biarlah apa orang nak kata kerana saya tak boleh nak paksa orang untuk suka kepada saya," tambah bekas pelakon Anak Pontianak itu.

Bagaimanapun bila ditanya mengenai perasaannya bila kena hentam... “Saya boleh terima. Bila baca isu mengenai saya, saya gelak saja. Saya rasa dah macam ‘Stone Cold’ saja sebab dah tak rasa apa-apa lagi. ‘It’s all bullshit!’. Pada saya, banyak lagi benda yang teruk.

“Saya dah minta maaf sebelum ini, namun bila saya minta maaf, saya pula yang kena hentam balik dan kena pijak. Jadi, lebih baik saya balas dan hentam mereka balik.

Bagi saya, ini dah asam garam kehidupan dunia artis, jadi jika tak boleh terima dengan kritikan semua ini, jangan jadi artis. Lepas dah lalui dan biasa dengan dunia artis ini, saya dah kalis dengan segala kritikan.

"saya yang tanggung semua dosa" - Zarina.


“Wartawan selalu tulis masyarakat kutuk dan benci saya. Saya terfikir, betul ke masyarakat bencikan saya. Tapi, bila pergi ke acara mana-mana, mereka okay saja dengan saya. Mana yang mereka cakap masyarakat tak suka saya, mana? Bawa pada saya. Saya rasa tak ada pun. Jangan salahkan masyarakat!

“Jika wartawan cakap apa yang mereka fikir, cakap saja. Tak perlu gunakan masyarakat. Nak cakap saya sundal, cakap saja tak perlu nak cakap masyarakat yang cakap saya sundal. Saya tahu ada sesetengah peminat yang sokong saya dan sesetengah lagi membenci saya. Namun, saya sedar yang orang Malaysia ini, cakap saja benci, tapi mereka masih baca cerita tentang saya," ujarnya sedikit emosi.

No comments: