03 November 2011

PENGALAMAN PERTAMA FASHA SANDHA DI BILIK MAYAT


Bukan mudah untuk berhadapan dengan mayat yang sudah reput, tambah-tambah bila ia adalah pengalaman kali pertama. Malah myartis ketika menjadi wartawan jenayah 20 tahun dulu juga hampir muntah dan seminggu tidak menjamah daging selepas melihat proses bedah siasat buat pertama kali di hospital besar Kuala Lumpur.

Dan kini, pengalaman yang sama turut dirasai oleh Fasha Sandha apabila terpaksa bertandang ke bilik mayat untuk melihat mayat saudaranya. Kata Fasha, itulah kali pertama dalam hidupnya melihat mayat selepas post mortem. Meskipun berat hati, namun mengenangkan arwah seorang yang baik dan peminat setia... dia gagahkan juga.

"Pertama kali melihat mayat jarak dekat selepas post mortem. Memang pengalaman yang baru. Pada mulanya memang berat hati, tapi memandangkan arwah orang yang baik dan seorang peminat setia, ku gagahkan hati. Al Fatihah. Semoga Arwah Nan ditempatkan di golongan orang yang beriman," ujar Fasha melalui FBnya.





Klik untuk imej besar...


Untuk info, Fasha ke bilik mayat untuk mengecam mayat seorang lelaki yang hampir reput dan berbau yang hanya berseluar pendek yang ditemui di tangga tingkat 3 sebuah bangunan rumah kedai.

Mayat tersebut kemudian dikenal pasti sebagai Mazlan Mohamad berusia 29 tahun dari Semporna, Sabah. Selain menjadi anak angkat kepada ibu Fasha Sandha, arwah juga merupakan peminat setia Fasha dan Lena AF9.

Bagaimanapun, punca kematian masih dalam siasatan pihak polis meskipun ada dakwaan yang mengatakan dia kemungkinan dibunuh.

BERITA TERDAHULU:
ANAK ANGKAT IBU FASHA SANDHA DIBUNUH?

No comments: