08 December 2011

4 BARANG CHEF WAN YANG SELALU HILANG


INFO ARTIS & SELESRITI:

Apakah barang-barang yang selalu hilang tetapi ia penting bagi anda? Mungkin duit, ipod, iphone atau mungkin juga cermin mata hitam?

Bagi Chef Selebriti kita Chef wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, ada empat barang penting yang selalu tidak kekal tetapi amat penting iaitu handphone, payung, cermin mata untuk membaca dan kamera. Barang-barang ini selalunya hilang atau tertinggal gara-gara beliau terlalu sibuk dengan tugas baik di dalam mahupun di luar negara.

Gambar terkini Chef Wan dan Tristan
Klik untuk imej besar...



Bayangkan, sudah penat-penat tangkap gambar tiba-tiba kamera tersebut hilang dan semua isinya turut hangus bersama. Lebih teruk, bila nak call keluarga kerana ada perkara yang sangat urgent... rupa-rupanya baru perasaan yang telefon bimbit tertinggal entah di mana!

"Jadi terpaksa la beli lagi satu kamera sebab yang terakhir saya tertinggal di tempat duduk kapalterbang semasa balik dari Adelaide dua bulan lalu dan hilang semua gambar kenangan yang indah. Saya begitu cuai la. Kadang-kadang saya fikir mungkin saya ni hanya lupa, tetapi kemudiannya saya sedar masalah ini berlaku apabila saya ni begitu sibuk, tekanan dan berjalan di sana sini," ujar Chef Wan terus-terang.

Bagaimanapun, lepas ni harap-harap Chef Wan tak lupa lagi keempat-empat barang penting tu. Bukan apa, kita tak mahu esok-esok mungkin Chef Wan lupa pula nak bawa pulang cucu kesayangan Tristan, lepas berjalan-jalan sekitar ibu negara.

Ha ha... jangan marah Chef Wan... gurau je tu!

Empat barang Chef wan yang selalu hilang..!


No comments: