08 December 2011

GELARAN 'DOKTOR' ROZMEY DIGANTUNG?


Gelaran doktor pada dR Rozmey atau nama sebenarnya Che Rozmey Che Din yang mempunyai Ijazah Perubatan (MD,USM 1993) dan Sarjana Perubatan (Perbidanan & Sakit Puan USM 1999) kononnya telah pun digantung berkuatkuasa untuk tempoh dua tahun kerana melanggar etika dalam bidang perubatan.

Maklumat ini terkandung dalam memo Malaysian Medical Council (MMC) keluaran Januari-Jun 2011. Antara yang dinyatakan ialah gelaran doktor pada dR Rozmey digantung daripada 15 mac 2011 hingga 15 mac 2013 kerana melanggar beberapa etika kedoktoran yang digariskan.




Difahamkan, kesilapan tersebut timbul apabila beliau menggunakan title Doktor (Dr) untuk jenama barangannya. Itu adalah kesalahan kerana doktor tidak boleh iklankan perkhidmatan mereka dengan cara berlebihan. Namun begitu, beliau dilihat sudahpun memperbetulkan kesilapan tersebut dengan mengubah barangan perniagaannnya atas nama dR bukan Dr.


KLIK UNTUK IMEJ BESAR...

Melihat kes ini, teringat kisah dR Sam Rasputin, mula-mula dulu beliau guna nama Dr. Sam Rasputin tapi setelah ditegur... akhirnya ejaan nama glamornya bertukar dR. Sam Rasputin.

Untuk info, dR Rozmey adalah bos produk 'Just Mate' dan pernah menerbitkan filem sulung berjudul '2 Alam' yang gagal menepati sasaran RM12 juta. Selain itu, beliau merupakan usahawan yang pernah mensasarkan pencapaian berbilion ringgit pada 2013 akan datang!

Jika berita penggantungan gelaran itu benar, kemungkinan ia sedikit sebanyak bakal mencemar popularitinya selama ini. Ini kerana, kepercayaan orang ramai terhadap produk yang dihasilkan selama ini bergantung pada 'gelaran doktor' yang selalu diketengahkannya melalui iklan di media massa dan elektronik. Allahulaam..!

No comments: