20 December 2011

AMANDA IMANI NYARIS JADI MANGSA BUAYA..!


Penyanyi seksi Amanda Imani yang pernah didakwa hampir menjadi mangsa seorang penyanyi playboy kelahiran Singapura hingga menjadi tajuk depan sebuah akhbar tabloid mengaku 'terluka' dengan isu tersebut.

Katanya, memang dia agak malu juga apabila melihat wajahnya terpampang di akhbar berkenaan kerana ketika itu dia sudah berada di lapangan terbang untuk ke China.

"Apa yang boleh saya buat ialah hanya menutup telefon saya untuk mengelakan daripada membalas SMS atau dihubungi oleh sesiapa. Bukan apa, saya perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persembahan saya di China, bukannya bercerita hal peribadi saya," kata Amanda dipetik sebagai berkata sekembalinya dari China.





Jejaka buaya yang hampir memerangkap Amanda...


Untuk info, Amanda sebelum ini didakwa terbabit dalam cinta tiga segi dengan seorang penyanyi berwajah kacak yang merupakan anggota kumpulan dari Singapura yang sebenarnya sudah bertunang.

Semuanya terbongkar apabila tunang jejaka berkenaan telah menghubungi Amanda sendiri melalui Facebook miliknya dan memberitahu bahawa mereka akan bertunang tidak lama lagi. Lebih pedih apabila Amanda dituduh sebagai perampas kerana kononnya sengaja mahu merampas tunang orang.

Akibat luahan tersebut, hati penyanyi Selamilah Cinta itu menjadi luluh kerana dia tidak pernah dimaklumkan 'kekasihnya' mengenai perkara itu sepanjang perkenalan mereka.

"Saya amat kesal apabila kenyataan saya dalam akhbar telah menyebabkan beberapa pihak menganggap diri saya sebagai perampas tunangan orang. Padahal dalam isu ini saya yang menjadi mangsa keadaan.

"Kalau sebulan dua tak mengapa, tapi hubungan kami sudah masuk enam bulan. Banyak yang sudah kami lalui bersama. Malah dia sendiri sudah bertemu mama saya dan kalau kami ke Singapura, saya dan mama pasti akan bertemu dengannya.

"Saya sudah memberi penjelasan kepada wanita berkenaan dan menyerahkan segala bukti bahawa lelaki itu yang memberikan janji palsu kepada saya. Tapi tunangnya itu tetap tidak mahu percaya dan menganggap saya perampas.

"Dan apabila saya tanya sendiri kepada penyanyi berkenaan akan kesahihan perkara itu, dia seakan bersikap acuh tak acuh dan mengakui bahawa sudah bertunang.

"Ini adalah pengalaman perit pertama buat saya disakiti seperti ini. Tapi biarlah awal jangan terlalu lewat saya mengetahui kebenarannya, kerana setidak-tidaknya perkara ini dapat mendewasakan saya untuk jadi lebih matang bila menjalinkan hubungan," jelasnya yang sudah memutuskan hubungan dengan penyanyi berkenaan.

No comments: