20 December 2011

BILA MARIANI DIFITNAH MENINGGAL DUNIA


Kecoh di laman twitter apabila ada pihak yang menyebar fitnah mendakwa Seniwati Veteran Mariani atau nama sebenarnya Siti Mariam Binti Ismail telah meninggal dunia. Lantaran itu, laman sembang juga sudah mula memberi ucapan takziah kepada 'arwah' pelakon veteran tersebut gara-gara maklumat pihak tidak bertanggungjawab itu.

Bagaimanapun, tindakan pantas anak Mariani iaitu Melissa Saila selang beberapa jam kemudian berjaya meredakan keadaan. Menurut Melissa, ibunya masih sihat walafiat dan tidak meninggal sebagaimana yang di war-warkan.

Mariani - kena fitnah...




Twitt fitnah yang disebarkan...


"Sesiapa yang sebar konon ibuku meninggal, please stop it. Alhamdulillah dia sihat saja. Sekian," ujar Melissa melalui twitternya.

Oleh yang demikian, jika anda menerima pesanan SMS atau mendapat info melalui twitter mengenai berita ini, sila abaikan saja!

Penjelasan Melissa tentang berita tersebut -
klik untuk imej besar



No comments: