25 December 2011
AZZA ELITE BAKAL NIKAH 'JEJAKA COMEL' 2012
Masih ingatkah anda tentang kisah Azza Elite kena pukul kekasih sendiri? Rasanya kisah tersebut sudah lebih setahun lamanya apabila Azza dilihat menangis teresak-esak dan ada ketikanya bertengkar dengan kekasihnya serta saling tuduh menuduh antara satu sama lain di balai polis.
Sehubungan itu, ramai peminat Azza yang meminta pelakon dan penyanyi itu meninggalkan kekasih yang mereka dakwa 'kepala angin' itu. Tambah-tambah dakwa mereka, lelaki tersebut tidak sesuai dengan Azza kerana didakwa kuat bersosial dan 'bertatoo' pada tubuhnya.
Tapi itu cerita lama... kini Azza atau nama sebenarnya Azzarima Zawari bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang pramugara pada awal tahun depan. Dan jika pilihannya itu pramugara, itu bererti Azza telahpun mengucapkan 'bye bye' pada lelaki yang pernah mengasarinya dahulu.
Menurut Azza, keputusan mahu bernikah tersebut diambil setelah melihat penerimaan baik daripada jejaka tersebut terhadap dirinya dan anaknya Marissa Janna, 6. Bak kata orang, jika mahu memikat ibu... kita kena ambil hati anaknya sekali dan itulah yang dilakukan oleh jejaka pilihan Azza.
"Selain wajahnya yang comel, saya terpikat dengannya kerana keterbukaan untuk menerima saya dan anak saya.
"Bagi saya senang sahaja. Jika bakal suami saya boleh menerima saya dan anak saya, nampaknya saya mudah selesa untuk berkawan dan bersamanya.
"Dia pun seorang lelaki yang sangat baik kepada saya dan tak pernah mengguris hati saya. Jadi apa salahnya saya menerimanya kerana saya pun sudah lama menjanda," kata Azza dipetik sebagai berkata.
"Oleh yang demikian, saya tidak mahu melambatkan perkahwinan saya dengan jejaka tersebut kami berjaya menjalin persefahaman yang baik.
"Jadi InsyaAllah kami akan bernikah pada awal tahun 2012. Tarikhnya saya akan umum pada masa yang sesuai kerana terlalu awal untuk saya mengumumkannya sekarang," tambahnya.
Untuk info, Azza pernah berkahwin sebelum ini dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce tetapi berpisah kira-kira lima tahun yang lalu. Selepas bercerai, Azza menjalin hubungan pula dengan jejaka bernama Firhan Yusuf yang menimbulkan kontroversi apabila didakwa Azza memukulnya.
Bekas kekasih Azza...
No comments:
Post a Comment