24 December 2011

LISA & YUSRY NIKAH 23 FEBRUARI 2012


Akhirnya... Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani mengumumkan secara rasmi bahawa mereka bakal bernikah pada 23 Februari 2012. Berita baik tersebut disampaikan dalam satu sidang khas yang berlangsung di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya pagi tadi.

Menurut mereka, pernikahan tersebut bakal dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan Majlis Resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari 2012.

Klik untuk imej besar...








Bercerita mengenai cinta yang bertaut, mereka mengakui perkenalan selama setahun menerusi BBM (Blackberry Messenger), telah menimbulkan bibit-bibit cinta di hati masing-masing. Dan bila hati telah terpikat, maka bermulalah episod baru yang seterusnya membawa mereka ke majlis yang cukup bersejarah ini.

Dalam majlis itu juga Yusry mengumumkan pada malam semalam keluarga Yusry telah bertandang ke rumah Lisa untuk merisik. Majlis tersebut katanya serba sederhana namun penuh adat sebagai tanda setuju bahawa Yusry telahpun memilih Lisa sebagai teman hidupnya.

Untuk info, majlis pengumuman di PutraJaya itu turut dihadiri oleh kedua ibu bapa Yusry, abang sulung, Norman Abdul Halim dan ibu Lisa.

No comments: