29 December 2011

ELLY SURIATI 'KEHILANGAN' ANAK KALI KEDUA


Kerana pernah kehilangan anak kedua, Elly Suriati kini sering menangis kerana tertekan selepas mengalami keguguran. Kejadian malang itu berlaku pada hari Rabu lalu ketika beliau mengarahkan filem Penanggal di Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak.

Kesedihan tersebut disuarakan oleh suaminya sendiri Azri Iskandar yang memberitahu isterinya amat sedih kerana kehilangan bayi yang sudah mencecah empat bulan itu. Malah Elly juga katanya seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan yang bayi tersebut sudah tiada.





"Saya bimbang Elly tertekan dengan apa yang berlaku dan saya sering menyatakan kepadanya bahawa ia bukan salah sesiapa kerana itu adalah ketentuan Allah SWT. Walaupun sedih saya berusaha untuk menenangkan dia," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, isteri saya menyedari mengalami keguguran apabila hendak membuang air kecil dan secara tiba-tiba berlaku pendarahan yang memaksa dia di bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan Elly mengalami keguguran dan terpaksa ditahan di Hospital Kuala Kangsar.



"Penggambaran filem habis lewat sehingga pukul enam pagi. Keguguran itu berlaku mungkin disebabkan dia terlalu aktif dan lasak ketika di lokasi namun itu adalah suratan daripada-Nya," tambah Azri.

Untuk info, hasil perkongsian hidup Azri dan Elly, mereka dikurniakan tiga orang anak namun anak keduanya telah meninggal dunia.

No comments: