29 December 2011

PERKAHWINAN - LISA SURIHANI 'PURA-PURA' TENANG?


Tarikh keramat 23 Februari 2012, bukanlah lama sangat. Bak kata orang, pejam celik pejam celik... tup tup dah sampai masa yang dinantikan itu.

Namun kelihatannya Lisa Surihani dan pasangannya Yusry Abdul Halim agak 'tenang' dan terus menyibukkan diri dengan aktiviti seni. Apakah mereka tidak berdebar atau hati mereka tidak bergelora dengan penantian seluruh peminat termasuk masyarakat Malaysia amnya?

Bukan apa... jika dilihat jadual mereka, awal bulan Januari, Lisa akan terlibat dengan penggambaran filem terbitan KRU Studios, 'Ular' di mana Yusry juga akan terlibat dengan proses CGI filem tersebut. Manakala bulan Februari pula, gadis berusia 25 tahun ini akan terlibat dengan sebuah lagi filem baru. Jika dah padat begitu, bagaimana dengan persiapan perkahwinan?





“Setakat ini kami hanya tempah lokasi majlis pernikahan dan resepsi saja. Tentang persiapan lain, masih belum dibincangkan lagi. Tema dan konsep perkahwinan juga belum ditentukan sebab kami masih belum duduk berbincang mengenai perkara ini. Bila ada kelapangan nanti, kami akan bincang tentang perkara ini,” ujar Lisa dipetik sebagai berkata bila diajukan persoalan tersebut.

“Ada juga pihak yang menawarkan tajaan tapi kami masih belum beri kata putus. Lagipun, kami tidak terlalu inginkan itu dan ini. Bagi kami, asalkan majlis berjalan dengan lancar, itu sudah mencukupi. Setakat ini, kedua-dua pihak bekerjasama untuk melaksanakan majlis tersebut.

“Namun, segalanya bukan diuruskan oleh kami saja. Saya dan Yusry telah mengambil keputusan untuk membuat persiapan dengan lebih tenang, jadi kami telah melantik kawan baik saya untuk menguruskan persiapan majlis kami. Harap semuanya berjalan dengan lancar dan saya harap orang akan mendoakan yang terbaik untuk majlis perkahwinan kami nanti," tambahnya tenang.

Mungkinkah Lisa benar-benar tenang menghadapi perkahwinan kali pertamanya itu atau ia sekadar menghilangkan rasa gusar? Bak kata pepatah... tepuk dada, tanya selera!

No comments: