19 December 2011

FARHAN AF4 BERTUNANG AWAL 2012


Jika di konsert Akademi Fantasia 4, Farhan Azizan, 27, menjadi tumpuan ramai apabila hampir-hampir menjadi juara (tempat ke-3), kini pada tirai 2012 nanti... beliau bakal menjadi tumpuan sekali lagi apabila bakal bertunang pula.

Semuanya bermula apabila dia diajukan persoalan yang benarkah dia akan mendirikan rumah tangga... jawab Farhan memang benar. Namun katanya dia memilih untuk mengikatkan tali pertunangan terlebih dahulu pada Februari tahun depan dengan kekasihnya, Rashdan Suhaimi, 27.

Klik untuk imej besar...




"Ada baiknya kami bertunang terlebih dahulu. InsyaAllah setahun selepas itu barulah kami memutuskan untuk berkahwin," kata Farhan dipetik sebagai berkata ketika ditemubual di Pahang baru-baru ini.

Untuk info, jejaka yang dipilih oleh Farhan agak pemalu dan ringkas. Beliau merupakan graduan dari salah sebuah universiti di United Kingdom dan kini telah pulang ke tanah air untuk bersama keluarga dan juga buah hatinya.

Tahniah diucapkan..!



Photo: Murai

No comments: