30 December 2011

HARI TERAKHIR DI MHI - BYE BYE WARDINA..!!


Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa hari ini adalah hari terakhir Wardina Safiyyah bersiaran bersama Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3. Untuk info, di hari terakhirnya, Wardina telah berpasangan dengan Abby Fana mengendalikan rancangan tersebut setelah lima tahun bersama stesyen swasta itu.

Kali ini, rasanya kontrak Wardina tidak akan disambung lagi kemungkinan disebabkan kontroversi yang melandanya beberapa bulan lalu. Jika anda masih ingat, Wardina dituduh memberi ceramah di majlis yang dianjurkan oleh pihak pembangkang meskipun tuduhan itu dinafikan olehnya.

Wardina bergambar kenangan bersama staff MHI
Klik untuk imej besar...




Dan seperti yang kita sedia maklum, TV3 adalah stesyen yang kuat menyokong kerajaan yang pastinya mempunyai etika tersendiri. Jadi... peluang Wardina pastinya kabur sekiranya mahu diberi kesempatan sekali lagi bersama stesyen nombor satu negara itu.

"Love you all so much! Terima kasih atas segalanya.... Moving on to a better future, better things, another exciting journey ahead InsyaAllah. Thank you so much for all your support dear viewers and fans all these years.

"Saya pasti merindu studio MHI pagi-pagi buta... dan rindu semua team MHI. Nak komplain tak boleh dah. But we will meet each other VERY soon hehe..," ujar Wardina melalui facebooknya dengan nada sedih.

Apa-apapun... selamat jalan kita ucapkan buat Wardina, semoga beliau akan terus berkarya dan mendapat rezeki di tempat lain pula. Adioss...!

Bye-bye semua..!!


No comments: