30 December 2011

ROZITA & ZAIN SAIDIN 'DATING' DI GENTING HIGHLANDS


Jika sebelum ini pelakon 'janda bergetah' Rozita Che Wan yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Zain Saidin hanya berlegar melalui gosip, kini tiba-tiba semuanya berubah. Ia berikutan ada saksi mata yang melihat Rozita 'dating' bersama Zain di pusat peranginan Genting Highlands, Pahang bersama anak-anaknya.

Dengan perkembangan tersebut, maka segala khabar angin yang mendakwa Rozita mempunyai hubungan cinta dengan Zain kemungkinan ada benarnya. Malah gosip 'berdating' di puncak Genting ini diakui sendiri oleh Rozita yang memberi alasan dia membawa dua orang anaknya iaitu Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 12, bercuti sementara penggal cuti sekolah masih ada.

Rozita dan Zain, nafi bercinta...




"Memang saya pergi ke Genting Highlands bersama Zain tetapi jangan salah anggap pula sebab anak-anak saya pun ikut sama. Kebetulan pula sekarang ini tengah cuti sekolah," katanya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, Rozita tetap mendakwa tidak mempunyai apa-apa hubungan cinta dengan Zain sebagaimana yang digembar-gemburkan. Alasannya membawa jejaka itu ke Genting ialah kerana anak-anaknya begitu rapat dengan Zain hinggakan mereka (anak-anak) pernah bermain futsal bersama.



Terdahulu Zain ketika dihubungi turut enggan memberi sebarang komen berhubung gosip 'berdating' itu dan mengambil pendirian untuk merahsiakannya. Kata Zain, dia 'no komen' dan hanya akan mengikut apa yang Rozita katakan pada media tentang percutian tersebut.

Kesimpulan daripada gosip ini, kemungkinan Zain dan Rozita sedang memupuk ikatan cukup istimewa lantaran penerimaan baik anak-anak Rozita sendiri. Kalau alasan bercuti ditemani rakan seperjuangan, bukankah ramai lagi rakan seperjuangan termasuk rakan wanita yang boleh menemani Rozita... kenapa harus Zain?

Sementara bagi Zain pula, bukankah aktiviti lakonannya tidak kurang sibuk dan mengapa dia sanggup menemani Rozita ke Genting dan anak-anaknya bermain futsal? Jadi benarlah Bak kata orang, kalau mahukan ibunya, kita kenalah ambil hati anak-anaknya juga... tak gitu?

No comments: