29 December 2011

AKHIRNYA AFDLIN SHAUKI 'TEGUR' CHEF WAN


Selepas sekian lama terkunci mulut, akhirnya Afdlin Shauki bangkit mempertahankan rakan-rakan seangkatannya yang kecundang di Maharaja Lawak Mega (MLM). Yang hangat, Afdlin bukan sahaja menyebelahi rakan lawaknya yang tersungkur malu, malah turut menegur sikap Tukang Masak Selebriti Chef Wan yang disifatkannya sebagai terlalu 'keras' mengkritik.

Tegur Afdlin, tidak perlulah mengatakan lawak yang disampaikan itu mengaibkan atau sebagainya... cukuplah dengan komen seperti "mintak maaf, secara jujur saya tak boleh ketawa dengan persembahan awak malam ni".





Tambah pelakon, pelawak, pengarah dan penerbit itu... dia tidak gentar langsung dengan Chef Wan meskipun pertandingan akhir MLM bakal berlangsung esok. Melawak menurut Afdlin adalah darah dagingnya dan dilantik menjadi juri bukan bermakna Chef Wan itu 'Besar' dan boleh melakukan kritikan sewenang-wenangnya.

"He tells us not to be rude but he doesnt realise when he gets emotional and starts rambling he becomes rude as well. Jadi macam mana ni, you don't practise what you preach," ujar Afdlin menulis dalam bahasa Inggeris menyamai komen Chef wan di facebook yang gemar menulis dalam bahasa tersebut.

Aksi Boboi di MLM...


Tambah Afdlin, untuk maklumat semua termasuk juri, perbezaan antara rancangan realiti lain berbanding MLM ialah mereka di ujibakat untuk beraksi, tetapi peserta MLM dijemput oleh Astro kerana mereka adalah orang lama (otai).

"He has never done it to Boboi, but i am speaking about the other contestants who have been dismissed from the programme by him. My experience of Datuk Chef Wan, prior to MLM has always been someone who is cheerful and positive but i don't understand why suddenly he has to be so mean to people who are his friends or at least his aquaintance. I don't think he needs the exposure. He is Malaysia's top chef after all.

"We will do our best in the final to WIN but if the jury and the public pick OSBON then so be it. They are a great comedy team and i love their talent. Yang penting, that after all this the ART OF COMEDY in Malaysia wins... It cannot win however, if the reputation of these comedians are left in tatters due to harsh comments from the judges and for the finals on friday, please be fair and pick the winner based on the night's performance and not based on emotional favouritism," jelas Afdlin lagi mengakhiri luahan hatinya.

BACA JUGA: ADLIN DAN CHEF WAN JADI MANGSA ASTRO?

No comments: