09 December 2011

NORMAN KRU TERIMA MPA AWARD


Norman Abd Halim, President & Group CEO of KRU Studios merupakan penerima Anugerah MPA Asia-Pasifik Copyright Educator (A.C.E.). Pengiktirafan tersebut adalah semperna sumbangan beliau yang cukup penting dalam kerjasamanya dengan pihak kerajaan terhadap Kecurian hakcipta (MFACT).

Mike Ellis, Presiden dan Pengarah Urusan MPA Asia-Pasifik telah menyampaikan anugerah itu kepada Norman.

Mike Ellis menyampaikan award kepada Norman
Klik untuk imej besar...





"Meskipun banyak cabaran yang dihadapinya di Malaysia, namun Norman telah bekerja tanpa mengenal penat lelah dengan MFACT dan MPA dalam pelbagai bidang, khususnya yang membawa masyarakat memahami undang-undang siber. Ia adalah langkah-langkah teknikal untuk menghalang penyangak melanggar laman web daripada mendapatkan akses ke dalam ruang dalam talian Malaysia.

"Norman juga telah terlibat secara aktif dalam mempromosikan kerja-kerja masyarakat kreatif Malaysia, memperjuangkan matlamat melalui treler video pendidikan yang memberikan wawasan kepada titik peluh dan air mata dalam pengeluaran filem di negara ini," ujarnya.

Sementara bagi Norman pula, katanya dia amat berbesar hati menerima anugerah tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada MPA dan MFACT kerana sokongan berterusan mereka ke arah memartabatkan filem Malaysia.

"Usaha-usaha proaktif dalam mempromosikan dan melindungi hak-hak kandungan amat bermakna. MPA dan MFACT boleh mengharapkan sokongan sepenuhnya daripada saya dalam memerangi cetak rompak termasuk pasukan saya di KRU Studio dan pertubuhan-pertubuhan yang saya mewakili," katanya ketika menerima anugerah pada malam gala di CineAsia, Hong Kong.

Pusat Konvensyen dan Pameran tersebut telah dihadiri lebih 350 pihak yang mewakili
masyarakat filem di rantau Asia Pasifik. Antara penerima anugerah sebelum ini ialah pelakon Australia, Roy Bil (2010), Raymond Wong dari Hong Kong (2009), dan pelakon Temuera Morrison (2007).

Sumber: Adlinna Nasir
Executive, New Media
KRU Studios


No comments: