09 December 2011

UPIN & IPIN, 'TOP 5' DI FACEBOOK


Upin dan ipin akhirnya berjaya mendaki tangga kelima carta paling popular (Fictional Character) facebook. Ia sekaligus mengangkat martabat Malaysia di peringkat Antarabangsa dalam menerbitkan produk kartun berkualiti setanding kartun luar negara seperti watak walt disney dan sebagainya.

Peminat Upin dan Ipin paling ramai pastinya di Indonesia memandangkan ia mendapat sambutan baik di sana. Malah satu ketika karakter kartun tersebut pernah dikatakan mahu dibuat patung persembahan agama Hindu di Bali disebabkan popularitinya dikalangan anak-anak mereka.

Klik untuk imej besar...



Syabas diucapkan buat Les' Copaque Production kerana berjaya menghasilkan produk bermutu yang membuat kita semua bangga. Moga Upin dan Ipin akan terus sukses hingga mampu melebarkan empayar ke Hollywood pula... Insa'Allah!



Sumber rujukan : facebook

No comments: