23 December 2011

PENGUMUMAN PERKAHWINAN YUSRY & LISA?


Mungkinkah perkahwinan antara sang putera dan sang puteri kini bakal menjadi realiti?

Ini berikutan munculnya kad istimewa daripada pihak pengurusan KRU berupa jemputan ke majlis 'Pengumuman Istimewa Yusry & Lisa' yang akan di adakan di Marriott Putrajaya Resort & Spa pada esok, 24 Disember 2011.

Email dari KRU - klik untuk imej besar...




Teka-teki makin bertiup kencang mengenai apakah pengumuman istimewa yang akan diumumkan oleh pasangan bercinta ini? Nak putuskan hubungan... rasanya jauh panggang dari api memandangkan antara jemputannya ialah ahli keluarga kedua belah pihak iaitu Norman Abdul Halim, Zarina Fenner (ayah dan ibu Yusry) dan Siti Amira Ahmad (ibu Lisa).

Jadi yang paling menyakinkan, majlis tersebut pasti akan mengumumkan tarikh pertunangan dan perkahwinan Yusry KRU dan Lisa Surihani. Ia juga sekaligus bakal menjadi majlis merisik kepada pasangan dua sejoli ini yang hangat digosipkan bakal mengadakan 'wedding of the year' pada 2012.

Kas undangan ke majlis istimewa...


Lisa dan Yusry - pasangan serasi...


No comments: