23 December 2011
RAMLI MS NAFI PINDAH SEBAB NAK KAHWIN
Bayangkan... 10 tahun menetap di hotel mewah yang kosnya mencecah puluhan ribu ringgit sebulan! Jika silap haribulan, mahu bangkrap dibuatnya memandangkan kos sara hidup di Kuala Lumpur yang terlalu tinggi dan mencabar.
Namun itu semua bukan masalah bagi konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS, yang tinggal di hotel 10 tahun lamanya. Ini kerana, pendapatan Ramli bukan sedikit dan dia mampu untuk menyara hidupnya dengan pendapatan tinggi sebagai pemuzik.
Ramli sedang bekerja di hotel yang dianggap 'rumahnya'...
Bagaimanapun, kini Ramli akhirnya membuat keputusan untuk berpindah ke rumah yang baru dibelinya awal tahun depan. Katanya, sudah sampai masanya untuk dia memikirkan masa depan dengan memiliki sebuah rumah yang selesa agar dapat tinggal bersama ibunya yang masih lagi menetap di Singapura.
"Antara sebab saya tinggal di hotel selama ini kerana kemudahan yang disediakan memudahkan saya yang sentiasa sibuk menguruskan kerjaya seni dan tidak perlu nak fikir tentang masalah rumah bersepah, keselamatan dan sebagainya.
"Bagaimanapun, saya juga perlu memikirkan tentang masa depan. Insya-Allah saya akan membawa ibu bersama-sama untuk berpindah sekitar bulan Januari atau Februari akan datang," kata Ramli dipetik sebagai berkata.
Antara yang telah dilakukan pada rumah baru itu ialah pengubahsuaian pada salah satu bilik untuk dijadikan sebuah studio mini. Rasanya, pasti besar rumah Ramli jika di dalamnya boleh memuatkan studio untuk dia membuat kerja-kerja seni muziknya.
Antara gosip cinta Ramli yang dinafikannya...
Terdahulu, bila ditanya mungkinkah perpindahan tersebut ada hubungkait kerana mahu menamatkan zaman duda, Ramli menafikan sekeras-kerasnya. Katanya, ia tiada kaitan langsung dengan sebarang perkahwinan atau mahu menamatkan zaman dudanya.
"Sikap saya lain, banyak perkara yang perlu diuruskan dulu seperti anak-anak, kerjaya dan urusan pembelian rumah baru. Jadi saya tak terfikir pun untuk berkahwin buat masa ini.
"Tapi semestinya saya mahu kahwin satu hari nanti," ujarnya seolah membayangkan ada sesuatu yang tersembunyi.
Gambar kenangan - Ramli MS dan anaknya...
No comments:
Post a Comment