13 December 2011

SAM BUKFACE 'LUDAH' RTM DI KONSERT INSPIRASI?


Umum memang sedia maklum bahawa lagu 'Panik' yang didendangkan oleh kumpulan Bunkface telah diharamkan siarannya di semua saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Namun begitu, pengharaman tersebut tidak diikuti oleh stesen Radio dan Televisyen swasta lain yang bersikap berkecuali. Semuanya dapat dibuktikan pada Konsert Inspirasi TV3 yang berlangsung pada 12 Dec 2011.

Klik untuk imej besar...




Bagaimanapun, apa yang tidak enak ialah apabila Sam Bunkface dilihat 'meludah' ke lantai ketika mahu mempersembahkan lagu Panik. Jika alasannya mahu membuang kahak atau air ludah yang terkumpul di mulut, ia pasti dapat dilakukan di bahagian belakang ketika dia berundur... bukan ketika menghadap microphone.

Bukan apa, kita tidak mahu budaya sampah dan ketidakpuasan hati mengganggu emosi ketika persembahan di hadapan penonton. Sebagai penyanyi, Sam seharusnya bersikap profesional dan bukannya mengambil kesempatan untuk memprotes pengharaman lagunya bila diberi kesempatan berkonsert.

Sikap sebegini bukan hanya merugikan diri sendiri, bahkan turut akan mencalar imejnya yang kemungkinan dilabel sebagai 'kurang ajar'. Bak kata pepatah, meludah ke langit... pasti akan jatuh ke muka sendiri..!





Sumber photo dari video Youtube (minit ke 0.27): BuahMulut

No comments: