16 December 2011

SHARNAAZ DATING DENGAN SHILA AMZAH?


Kelmarin, seorang peminat mendakwa telah terserempak dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, 26, sedang berdating secara sembunyi dengan Shila Amzah, 21, di ibukota, Kuala Lumpur. Bersama mereka, seorang lagi gadis yang dipercayai adik mereka... kemungkinan bagi mengelakkan buah mulut orang sekeliling.

Dan sudah terang lagi bersuluh, Sharnaaz bila ditanya hubungannya dengan Shila, mengakui tertarik dan selesa berkawan rapat kerana penyanyi itu memiliki kriteria-kriteria wanita idamannya yang layak dijadikan sebagai calon isteri.





Hubungan akrab mereka terjalin sejak terlibat dalam klip video “single” lagu penyanyi itu, Patah Seribu. Dakwanya, persahabatan mereka kini turut direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

"Baik daripada pihak keluarga Shila mahupun keluarga saya, mereka menerima perhubungan akrab ini dengan baik tetapi kami belum sampai ke tahap bercinta.

"Masih terlalu awal untuk menjalinkan hubungan itu (cinta) kerana masing-masing mempunyai matlamat tersendiri dalam mengejar impian kami.

"Tambah pula Shila masih muda dan semestinya banyak perkara yang perlu dia laksanakan untuk mengukuhkan kerjaya nyanyiannya itu," katanya Sharnaaz dipetik sebagai berkata.

"Hubungan akrab antara saya dan Shila timbul kerana dia memiliki karakter yang sama dengan saya iaitu seorang yang 'gila-gila' tetapi berfikiran jauh mengenai perancangan masa hadapan," tambahnya lagi.

terdahulu menurut pelakon yang ingin menamatkan zaman bujangnya sebelum usia 30 tahun itu, dia dan Shila belum pernah keluar berdua-duaan sebaliknya mereka sering ditemani ibu atau salah seorang daripada keluarga Shila.

Nah... nampaknya dakwaan peminat yang terserempak dengan mereka sedang 'dating' ternyata benar dan berasas! Harap-harap lepas ni mereka meneruskan amalan 'berteman' semasa berdating dan bukannya bila dah 'terbiasa' terus melakukan perkara yang dilarang oleh agama. Tak gitu..??

No comments: