16 December 2011

JUSTIN BIEBER DITAHAN POLIS LAGI


Justin Bieber, penyanyi pop remaja popular masa kini telah ditahan pihak polis kali kedua kerana membelok secara berbahaya di sebatang jalan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Beliau yang popular dengan lagu 'Baby' dan terkini 'Never Say Never' bagaimanapun hanya diberi amaran oleh polis yang menahannya. Selepas diberi ingatan dan kata-kata nasihat, dia kemudian dilepaskan.





Menurut sumber di tempat kejadian, Justin dilihat berjanji kepada polis berkenaan yang dia tidak akan mengulangi perbuatannya. Malah dia juga berkata akan lebih berhati-hati di jalanraya selepas ini.

Untuk info, Kejadian tersebut sebenarnya bukan kali pertama bagi Justin Bieber kerana sebelum ini dia pernah ditahan di California kerana memotong kenderaan di kawasan larangan. Dan seperti kesalahan terbarunya ini, kekasih Selena Gomez itu telah dibebaskan apabila hanya diberi amaran.

Klik untuk imej besar...









No comments: