19 December 2011

WANITA BERTUDUNG GANGGU ABBY ABADI?


Pakai tudung salah... tak pakai tudung pun salah!

Demikian luahan peminat setia Abby Abadi yang berang dengan tindakan segelintir pihak yang seolah memperlekehkan gambar pelakon tersebut memakai tudung. Luah mereka lagi, biarlah pemakaian tersebut secara 'perlahan' tetapi berkesan dan bukannya secara 'paksaan' hingga melukakan hati ramai pihak.

Untuk info, isu bertudung tersebut timbul gara-gara Abby memakai tudung untuk hadir dalam satu majlis ilmu. Sedangkan sebelum ini Abby pernah melakukan hal yang sama bagi memantapkan ilmu agamanya secara sukarela tanpa sebarang desakan.

Abby ketika hadir majlis ilmu baru-baru ini - Klik untuk imej besar...






"Menghadiri ceramah agama untuk mencari ilmu dan sangat-sangat ingin mendekatkan diri pada agama, tapi apakah hadirnya Saya di majlis seperti itu membuatkan Saya hilang hak sebagai manusia di dunia ini sehingga segala semua perlu di desak? Kenapa peribadi Saya hanya dinilai pada luaran?

"Saya sangat kecewa bila Saya tahu seorang wanita bertudung menganggu hak Saya dari 2009 sehingga 2011. Wanita bertudung juga membuat fitnah untuk mengaibkan Saya. Wanita bertudung juga menganggu rumah tangga saudara terdekat Saya, jadi apakah Saya perlu tunduk pada desakan orang-orang tertentu semata-mata untuk di nilai baik pada 'luaran' walhal ... Apa yg mereka lakukan tak selayaknya jika dibandingkan dengan penampilan yang di tonjolkan.

Gambar yang dirakam oleh Abby sendiri
ketika menghadiri majlis ilmu baru-baru ini...




"Jadi biarlah Saya jalani kehidupan Saya sebaik mungkin tanpa di pengaruhi oleh sesiapa. Susah senang, makan minum semua Saya cari sendiri. Semua hanya mampu menulis di sini tanpa tindakan. Kehidupan Saya, akan Saya teruskan. Terima kasih atas ingatan tapi biar ALLAH menentukan," ujar Abby melalui facebooknya bagi menepis desakan segelintir pihak.

"Didikan mak ayah dari zaman kanak-kanak lagi. Mencari mereka yang lebih arif juga bukan sebab kecewa, tapi ingin makin dekat dengan agama. Maaf kalau ada yg terasa..

"Ilmu ALLAH bertebaran atas muka bumi ini, jadi janganlah menilai hanya pada 'penampilan diri'. Gunakan akal, gunakan hati... ALLAH lebih mengetahui," tambah Abby seolah kecewa dengan anggapan 'mempermainkan agama' kerana tidak kekal memakai tudung atau menyertai mana-mana persatuan.

Kesimpulannya daripada masalah ini... menegur memang tak salah, tetapi biarlah secara berhemah dan bukan mendesak hingga menimbulkan rasa kurang senang. Jika mahu berdakwah sekalipun, biarlah mengikut langkah yang memudahkan proses dakwah bagi menumbuhkan kepercayaan dan bukan berasaskan ukuran emosi dan perasaan yang mengatasi ukuran logik dan rasional.

Kita juga perlu memahami bahawa pendidikan memerlukan suasana persekitaran yang tenang. Atau dengan kata yang lain, pendidikan memerlukan zuruf al-munasabah (suasana atau persekitaran pendidikan yang sesuai).

Malah dalam hadis juga menyarankan supaya seruan ke jalan Allah dengan cara bijaksana, pekerti teladan baik, hujah terbaik dan meyakinkan kerana orang yang hendak di dakwah daripada pelbagai peringkat serta latar belakang. Allahualam..!



No comments: