29 March 2011

AF9 LAIN DARI YANG LAIN...

Buat pertama kalinya dalam sejarah AF, program Diari AF9 akan dirakamkan dari ruang legar tingkat bawah Jusco AEON, AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Diari AF9 pula akan disiarkan bermula 4 April ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9 hingga 9.30 malam di Astro Ria (saluran 104).

"Pemilihan lokasi tersebut dilakukan secara terbuka kerana mahu memberikan peluang peminat menonton sesi pembelajaran 12 pelajar AF9 secara dekat.

"Tambahan pula, Jusco AEON Setiawangsa dirasakan sesuai untuk menempatkan pelajar dan tenaga pengajar bermula waktu pagi hingga petang pada setiap Isnin hingga Jumaat dalam rumah lut sinar." Ujar Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi

Tambahnya, para pelajar akan ditempatkan di suatu lokasi lain untuk tidur pada waktu malam.

“Kami mencari pendekatan baru untuk penonton untuk penonton menonton Diari AF sambil mereka boleh mengambil gambar secara langsung.

“Bagaimanapun, para pelajar tidak bebas untuk keluar dan masuk dari rumah tersebut kerana sepanjang masa mereka perlu dikurung untuk belajar melainkan boleh keluar untuk solat dan ke tandas.

“Seperti dahulu, jurukamera akan merakam pergerakan pelajar dan tenaga pengajar di dalam rumah tersebut untuk ditonton di Diari AF. Malah penonton juga boleh menonton program itu menerusi laman sesawang rasmi www.akademifantasia.com.my secara langsung,” ujar Azlin dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, tenaga pengajar bagi AF9 ialah Cikgu Syafie, Ning, Dalton, Adlin, Fatimah Abu Bakar dan Aris. Pemenang kali ini pula akan membawa pulang RM200,000 disamping hadiah-hadiah lain yang bakal diumumkan nanti.


KLIK UNTUK GAMBAR BESAR
KLIK UNTUK GAMBAR BESAR..!!











GAMBAR2 LAIN: KLIK DI SINI...



(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

23 March 2011

TAHNIAH DANNY DAN LEEN...

Tahniah diucapkan kepada Danny X Factor selepas selamat bertunang baru-baru ini dengan kekasih hatinya Leen. Harapan kita, semoga pertunangan tersebut akan membawa mereka berdua kejinjang pelamin tanpa sebarang dugaan atau rintangan... Amin..!!


Klik untuk imej besar...












(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

10 March 2011

BUNOHAN - FILEM AKSI PENUH EMOSI...

Syarikat penerbitan filem Apparat telah melancarkan treler BUNOHAN, sebuah filem arahan Dain Said. Filem drama aksi ini, yang menampilkan barisan pelakon handal dan pelakon baru termasuk Zahiril Adzim, Faizal Hussein dan Pekin Ibrahim, dijangkakan akan menemui penonton pada penghujung tahun ini.

Sinopsis

Filem BUNOHAN mengisahkan tiga adik beradik Ilham, Bakar dan Adil yang pulang ke kampung halaman mereka berdekatan dengan sebuah hutan paya bakau terpencil dengan jalan hidup dan takdir yang berbeza-beza.

Adil Zahiril Adzim) merupakan anak bongsu yang sedang melarikan diri daripada pertandingan "kickboxing" haram, manakala Ilham (Faizal Hussein) adalah anak sulung yang menjadi pembunuh upahan yang sedang mencari mangsa terbarunya.

Bakar (Pekin Ibrahim), anak kedua, yang menjadi oportunis dalam menyatukan masalah-masalah masalah-masalah mereka dalam satu drama yang penuh dengan penipuan, kekecewaan dan pembunuhan. Sebagaimana cepatnya hidup mereka kembali bersatu, secepat itulah juga talian kekeluargaan mereka dipisahkan.

Untuk mengetahui kesudahannya... pastikan anda menonton filem ini yang pastinya penuh dengan aksi dan emosi.


Gambar-gambar filem: Klik untuk imej besar...













(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

SANA SINI: TEATER SHORT EYES

Rumah Anak Teater (RAT) ingin memaklumkan projek terbaru mereka melalui pementasan teater SHORT EYES karya Miguel Pinero.

Pementasan yang berbahasa Melayu ini arahan Fared Ayam dan Pengarah Artistiknya ialah Nam Ron.

Antara pelakon-pelakon yang akan menjayakan teater ini ialah Zahiril Adzim, Taiyuddin Bakar, Nam Ron, Eyzendy Aziz, Khairunadzwan Rodzy, Khairil Ridzuan K'N, Naque Ariffin, Faisal Mustaffa dan Xavier Fong.

Butir-butir mengenai pementasan:

Tarikh: 16-19 Mac 2011 (8.30 malam), 20 Mac 2011 (3.00pm)

Tempat: The Actors' Studio @ Lot 10, Kuala Lumpur

Roof Top, Level 8, Lot 10 Shopping Centre 50 Jalan Sultan Ismail, KUALA LUMPUR

Para media dijemput untuk membuat liputan pada 16 Mac 2011 dengan syarat membawa kad media yang sah.

Tiket:
Malam pra-tonton: RM15 untuk semua tempat duduk.
Pementasan: RM35 (dewasa), RM25 (pelajar dengan kad pelajar yang sah dan OKU)

Sebarang tempahan tiket sila hubungi 03-21422009 / 0321432009


Pementasan ini mendapat kerjasama The Actor’s Studio.


Sinopsis:

Short Eyes merupakan satu drama yang menggambarkan kehidupan masyarakat yang minoriti. Segala yang berlaku mencerminkan dunia luar, yang juga mempunyai kepentingan penerimaan, nilai dan moral masyarakat. Walaupun kedua-dua dunia adalah selari, kepentingan-kepentingan ini adalah lebih tegas di dalam alam sebuah penjara.

Dalam pementasan ini, kita melihat watak lelaki yang memikul beban, di mana dia mesti mendapatkan sesuatu hasil daripada apa yang dilakukannya. Sepertimana watak Omar menerangkan kepada Mr. Nett ketika dia diminta untuk berjanji supaya tidak bergaduh lagi " Saya tak boleh janji untuk perkara macam itu.. janji itu ikatan. Lelaki dalam penjara tak ada apa-apa selain janji, dan dia harus berjaga-jaga tentang siapa, bagaimana dan untuk apa dia bagi janji itu.. "

Apabila Clark Davis ditahan atas tuduhan pesalah seks kanak-kanak/pedofil (dan dia juga merupakan seorang lelaki kulit putih kelas menengah), tahanan-tahanan lain telah menganggap dan memandang itu sebagai kejam. Sedangkan kumpulan tahanan ini sendiri yang menjalani hukuman mereka, yang berdasarkan tuduhan dan justifikasi masyarakat dunia luar.

Watak-watak dalam pementasan ini terdiri daripada tahanan-tahanan orang kulit hitam (afrika-amerika), bangsa Puerto Rico dan kulit putih. Mereka mempunyai cara mereka sendiri untuk bergaul sesama sendiri dalam masyarakat mereka sendiri dan juga untuk mencari jalan untuk melepaskan diri daripada terperangkap dalam kegilaan dan keserabutan mental, sama ada melalui kasih sayang, agama, keganasan, kepercayaan, dadah dan sebagainya. Short Eyes bukan hanya satu pementasan berkenaan kehidupan dalam penjara, tetapi sebenarnya memaparkan tentang realiti kehidupan sebenar masyarakat dunia luar.

PERHATIAN: PEMENTASAN INI TIDAK SESUAI UNTUK MEREKA BAWAH 18 TAHUN.

PERHATIAN: MEMPUNYAI KESAN ASAP ROKOK.


KLIK UNTUK IMEJ BESAR...



(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011