25 January 2012

AKSI DI RANJANG MISS NINA & NOH HUJAN


Pelbagai cara dilakukan oleh syarikat penerbitan untuk melariskan majalah terbitan mereka. Terbaru, majalah WW atau (Wanita Dan Wawasan) meletakkan aksi Noh Hujan dan Mizz Nina iaitu pasangan yang masih hijau melayari bahtera perkahwinan di atas ranjang empuk sebuah hotel mewah sebagai cover.

Menurut majalah tersebut, Noh dan Nina masing-masing berbisik manja bercerita perihal diri masing-masing. Mereka cukup romantis dan cukup mempersona dalam majalah yang dibuat khusus untuk Valentine day itu.

Klik untuk imej besar...








Berikut adalah sedikit sedutan daripada majalah WW:

Persalinan Canali serba putih yang disarungkan Noh menampakkan dia cukup berkarisma berada di sisi si isteri yang juga tidak kurang hebatnya dengan persalinan Shanghai Tang khusus untuk santapan pembaca setia majalah WW.

Sambil dua sejoli sedang asyik menikmati keselesaan bercanda ria, mereka masih tidak mahu ketinggalan berkongsi rahsiabersama-sama dunia luar dengan menggunakan gajet telekomunikasi mewah dari Vertu bernilai lebih RM25,000.

Nampaknya... persaingan majalah tempatan semakin sengit dewasa ini hingga memaksa mereka mencari pelbagai formula bagi melariskan jualan. Mungkin dalam masa beberapa tahun akan datang, kita akan dapat melihat aksi lebih panas pula menghiasai muka hadapan majalah tempatan.

Tambah-tambah dengan kehadiran majalah online, blog dan pelbagai medium terkini dihujung jari yang telah membuat segelintir majalah 'gulung tikar'. Apa-apapun, tahniah dan syabas diucapkan buat majalah WW kerana masih berani bersaing di pasaran meskipun mereka tahu cabarannya amat sukar dan penuh cabaran.

No comments: