Debaran Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) Ahad ini bertambah kencang apabila penyanyi Ana Raffali didakwa akan bernikah dengan pengurus peribadinya Aznaim Abdullah, 30, pada 25 Februari 2012. Majlis tersebut kononnya akan berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, Selangor, kira-kira pukul 10.00 pagi.
Bagaimanapun, Ana yang dihubungi media enggan mengesahkan tarikh tersebut, sebaliknya berkata akan membuat satu sidang media bagi mengumumkan perkara tersebut. Jelas Ana lagi, ia akan dijelaskan selepas AJL nanti dan tiada isu main sorok-sorok seperti yang didakwa.
Ana & bakal suami? - Klik untuk imej besar...

“Ada beberapa urusan berkaitan majlis ini yang belum diselesaikan. Sebab itu, saya tidak mahu menghebohkannya terlebih dahulu. Bagi saya, biarlah semuanya selesai, barulah saya akan umumkan kepada semua.
“Apa–apa pun, saya mohon semua pihak bersabar dan tidak tersalah anggap dengan keputusan saya ini. Tunggu sehingga saya adakan sidang media perkahwinan dalam masa terdekat ini,” katanya dipetik sebagai berkata.
Terdahulu, Ana menyifatkan tuduhan kononnya dia mahu menyembunyikan majlis pernikahannya seperti yang dilaporkan adalah tidak adil. Ana mengakui berkecil hati dengan dakwaan itu kerana dia memang merancang untuk mengadakan sidang media khas mengenai perkara tersebut.
Ana Raffali bersama ibunya Puan Rosnah

“Dakwaan (sembunyi perkahwinan) ini adalah tidak adil buat saya dan keluarga. Sudah tentu saya sebagai artis akan berkongsi berita baik ini apabila tiba waktu yang sesuai untuk saya umumkan.
“Masalahnya, saya sedang sibuk membuat persiapan untuk AJL26 pada Ahad ini. Saya dan keluarga sudah rancang untuk buat pengumuman perkahwinan selepas AJL selesai.
“Tidak sangka pula, berita itu sudah tersebar tanpa mendapatkan sebarang penjelasan atau pengesahan daripada saya terlebih dahulu.
“Apabila timbul cerita saya tidak jemput media dan rahsiakan perkahwinan, ia memberikan impak yang tidak baik kepada kami sekeluarga.
“Sampai hati pihak yang menyebarkan dakwaan itu. Ia seolah-olah menggambarkan yang kami tiada adab dan teruk sangat sehingga menyembunyikan berita baik ini daripada masyarakat,” ujarnya dengan nada sedih.
No comments:
Post a Comment