Abby Abadi yang bakal muncul dengan single terbarunya berjudul 'Aku Tak Mahu' menafikan lagu tersebut ada kena mengena dengan Zul Ariffin. Kata Abby, mungkin liriknya itu secara kebetulan sahaja kerana ia adalah ciptaan Edry Abd Halim.
"Tidak benar lagu berkenaan mengenai hubungan saya dengan Zul dan ia hanyalah kebetulan. Tambahan pula liriknya bukan dicipta oleh saya tetapi Edry.


LAGI 13 GAMBAR BEHIND THE SCENE ABBY ABADI...
"Sebelum merakamkan lagu tersebut, saya telah diberikan lima buah lagu dengan lirik bertemakan serupa tetapi memilih Aku Tak Mahu kerana sukakan melodinya yang berbeza daripada lagu yang sedia ada," ujar Abby dipetik sebagai berkata.
Apa-apapun... jom kita tengok gambar-gambar belakang tabir pembikinan video klip lagu 'Aku tak Mahu' dendangan Abby ini. Mungkin apabila lagu ini sudah disiarkan kelak, ia akan 'meletop' dan jadi makin hangat sebagaimana kisah cinta Abby dan Zul yang putus di tengah jalan.
Klik untuk imej besar...













No comments:
Post a Comment