Tidak di sangka gambar baring-baring antara Fasha Sandha dan Rizal Ashram (Jejai) yang myartis siarkan baru-baru ini rupa-rupanya gambar Pra Perkahwinan mereka.
Gosip ini mula berlegar kencang dengan dakwaan ianya dirakam sekitar bulan Disember 2011 yang lalu. Bagaimanapun, lokasi penggambaran photo Pra Perkahwinan tersebut dirahsiakan dari pengetahuan umum.
Klik untuk imej besar...

LAGI TIGA KEPING GAMBAR PRA PERKAHWINAN?
Klik untuk imej besar...

Pasangan dua sejoli ini dikatakan memakai pakaian pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini untuk fotografi itu. Malah ada pihak yang menimbulkan gosip mengatakan di jari manis Jejai dalam gambar tersebut tersarung sebentuk cincin yang kononnya cincin pertunangan mereka. Allahualam!
Jika benar gosip ini, tahniah diucapkan dan agaknya bilakah mereka berdua akan tampil menjelaskan perkara sebenar? Lebih indah, bila pula mereka akan menjemput rakan media yang disayangi itu bagi membuat pengumuman 'hari gembira' sebagaimana yang diluahkan sebelum ini?


No comments:
Post a Comment