30 January 2012

UPDATE: ALLY DI TV3 - FARAH LEE GADIS LASAK..!


UPDATE:

Hari ini adalah hari pertama Ally Iskandar masuk kerja di TV3 bagi mengacarakan Malaysia Hari Ini (MHI) selepas bercuti panjang sempena perkahwinannya baru-baru ini. Ally telah berpasangan dengan Ahmad Fedtri yang dilihat asyik mengusik Ally mengenai status barunya sebagai suami kepada Farah Lee.

"Kita ada resepi orang yang baru berkahwin hari ini," ujar Fedtri mengusik Ally ketika segmen memasak di Menu 1 Malaysia.



DUA GAMBAR TERBARU ALLY DAN FARAH SELEPAS INI...



Bagaimanapun, Ally kelihatan tenang dengan usikan rakannya itu sambil bibirnya tidak henti tersenyum. Malah Ally juga sempat mengusik seorang rakan pengacara wanita dalam segmen masakan itu dengan mengatakan mungkin hati rakannya itu yang tidak tenang kerana hanya beliau seorang kini di MHI yang masih bujang.

Biar apapun keadaannya, Ally memang tampak lebih ceria selepas berumahtangga dan makin yakin dengan kerjayanya. Tahniah diucapkan buat Ally dan semoga rumahtangganya makin utuh dan dilimpahi rezeki berganda selepas ini. Amin..!

GAMBAR-GAMBAR TERKINI ALLY DAN FARAH:
Klik untuk imej besar...

Saat bersanding di sebelah malam...


Riang ria bersama hadiah kiriman teman & saudara..



SIAPAKAH FARAH LEE?
Farah Lee, seorang yang bersifat peramah, ceria dan 'happy go lucky'. Maka tidak hairanlah jika dirinya mempunyai ramai kenalan di segenap ruang maya dan nyata.

Sejak dari zaman kanak-kanak lagi beliau turut dikenali dengan sifat tegas dan lasak, maka apa sahaja aktiviti daripada memanjat bukit sehingga bermain bola bersama saudara dan teman turut disertainya.



Dengan latar belakang pendidikan yang cemerlang, beliau juga mempunyai kemahiran pengurusan dan kepimpinan yang baik. Pengalaman sebagai anak rantau sejak empat tahun lepas nyata mematangkan fikiran dan tindakan, lantas mencetuskan satu perubahan dalam 'world-view' kehidupan.

Semoga dengan segala kelebihan yang ada, Farah Lee dapat memandu dirinya sebagai wanita contoh kerana beliau kini sudah menjadi tumpuan lensa mata masyarakat Malaysia.

Untuk info, Farah Lee sering memperjuangkan pendirian dan keteguhan prinsipnya iaitu 'membina sebuah kehidupan yang berlandaskan keyakinan tinggi terhadap ketentuan Ilahi' (Kunfayakun).

sumber: qamarguyz

No comments: