30 January 2012

ISU DUTA: CHEF WAN PERTAHAN AC MIZAL


Tukang Masak Selebriti, Chef Wan mempertahankan rakan artis yang dipertikaikan pelantikannya sebagai Duta Pelancongan Perak oleh segelintir NGO dan menyifatkan mereka sebagai 'kurang matang'. Menurut Chef Wan, baik Perak atau Johor... semua yang dilantik itu adalah anak Malaysia dan tiada bezanya kerana mereka turut berjasa kepada negeri itu.

Malah dalam satu komennya, Chef Wan turut mendedahkan bahawa satu ketika dahulu beliau pernah mahu dilantik menjadi Duta Masakan Tradisonal Melayu di Singapura, tetapi menolaknya. Katanya, rasa cinta terhadap Malaysia telah membuat dia mengetepikan wang ringgit meskipun dia lahir di Singapura dan dituduh sebagai tidak menghormati negara sendiri.

Klik untuk imej besar...






"This is the kind of loyalty i have show to my country sampai la hari ini.Tak payah jadi anak perak or anak Malaysia to be loyal to this nation la. Arent we all Malaysian afterall? The whole issue is so stupid," ujar Chef Wan melalui laman facebooknya.

Untuk info, isu ini timbul berikutan Exco Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman, memilih AC Mizal sebagai duta TMP 2012 baru-baru ini. Kata Hamidah, pemilihan AC amat bertepatan sekali kerana beliau adalah anak kelahiran negeri itu.

Selain itu, AC juga katanya, memiliki aura sebagai pengacara popular dan mempunyai ribuan peminat dari segenap lapisan masyarakat.

Terdahulu dalam entry terbaru Chef Wan di FB, beliau menjelaskan gelaran Datuk bukanlah atas niat atau kehendak beliau. Tetapi ia adalah satu anugerah yang tidak mampu ditolaknya bagi menghormati kehendak Yang DiPertuan Agong yang sudah memilihnya dan bukan kerana dia gilakan pangkat.

"When i was offered the position by the Ministry sampai Wan tolak pada mulanya kerana tak nak tanggung jawab itu because i am not a person who gila pangkat la. Dapat Pengat Datuk tu pun i simpan dalam store room dah sampai 3 tahun ni gambar wan terima pingat di istana negara tu satu pun i tak ambil dari jurugambar istana negara untuk di frame kan.

"Bukan lah i am not appreciative of what the Agong has given to me except i didnt feel its important for people to know i am now the Datuk or the Food Ambassador of the country," jelasnya lagi.

"Jika nak cari sebab bodoh dan tak berfaedah ni macam-macam alasan yang boleh kita cari sebagai sebabnya. Why sikap orang Melayu yang berperangai begini yang sangat negative? What do they get out of all this drama minggu ini yang bukan sahaja its bloody waste of time but tak mendatang kan keuntungan untuk sesiapa pun.

"Sepatutnya they should focus more on issue like how can they promote the state of Perak effectively ini tidak. As the food Ambassador of this country and to Tourism Malaysia saya ni di lahirkan di Singapura kenapa tak nak jugak Pertikaikan perlantikan Wan setelah 25 tahun saya berkorban untuk negara ini.

"Nak lucut kan jawatan saya pun saya sedikit tak hairan because i never asked for that position to begin with but i was honored for my contribution to this country.
Tak ada ke NGO di luar sana yang nak berani lucut kan jawatan i ni kerana saya ini di lahirkan di Singapura?

"Have they forgotten its not about u anak kelahiran mana its all about your dedication and sacrfies to this country yang sometime anak negeri sendiri pun tak mampu nak buat or anak born Malaysian pun cannot do what i have done over the last 25 yrs to this country.

"If mereka berani saya cabar mereka untuk mempertikai kan perlantikan itu yang satu sen pun duit Tourism Malaysia tak bayar pada wan except a piece of letter perlantikan but yet i accepted that kerana sayang kan Negara and believed i have huge talent to help the government to promote Malaysia.

"Fikir la sikit jika kita nak melatah pun tengok lah tempat jugak.Sometime its not about where u are born that make u the right candidate its about your passion,Your hard work,your iconic figure and your popularity in Society that make u the right candidate beside having the right experiences.

"There so much work to do for this country tapi mcm politik la asyik2 bergaduh sesama party sendiri or bangsa sendiri kerana perangai PHD ni kita jahanam kan bangsa sendiri while others are laughing at us... Apa Faedahnya?" komen Chef Wan lagi panjang lebar.

Kesimpulannya, memang betul luahan Chef wan itu. Walaupun seseorang itu lahir di negeri lain, ia bukan satu isu untuk mempertikaikan perlantikan mereka berdasarkan negeri kelahiran kerana kita semua merupakan rakyat Malaysia.

Sifat kenegerian yang pekat dalam jiwa seseorang itu haruslah dikikis sekiranya mereka mahu maju dan berdaya saing. Baik di negeri mana sekalipun kita lahir, kita sebenarnya tetap berada dalam satu negara yang penuh dengan adat dan budaya.

No comments: