29 January 2012

KEPUTUSAN AKHIR ANUGERAH JUARA LAGU (AJL26)


Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi dan seperti dijangka, Awan Nano dendangan Hafiz berjaya merangkul dua kejuaraan iaitu Vokal Terbaik dan Lagu Terbaik. Ia disusuli dengan Beribu Sesalan dan Karma yang mendapat tempat kedua dan ketiga.

Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26)
* Tempat Pertama: Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
* Tempat Kedua: Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
* Tempat Ketiga: Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
* Vokal Terbaik: Hafiz, Awan Nano
* Persembahan Terbaik: Alyah, Kisah Hati
* Anugerah Juara Mobile: Sedetik Lebih (gubahan/lirik: Edry Abdul Halim)





CORAT-CORET:
Meskipun ramai penggiat seni suara bangun memberi 'standing ovation' pada rangkaian lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang didendangkan oleh Black, Hazama dan Azlan & The Typewriter, namun yang menyedihkan ramai antara mereka juga yang tidak ingat lirik lagu yang dipersembahkan.

Jika difikir kembali, ia sememangnya agak memalukan kerana sebagai penggiat seni, sepatutnya lirik Allahyarham Sudirman amat mudah untuk dihafal setelah berpuluh tahun ia didendangkan. Namun hakikatnya, masih ramai antara mereka yang membaca lirik yang disediakan oleh pihak penganjur AJL sekaligus menampakkan segelintirnya 'kurang peka' atau 'kurang ilmu'.

Bak kata pepatah, kehadiran segelintir daripada mereka itu ke AJL 26 'bagai melepaskan batuk di tangga' semata-mata. Atau dalam kata lainnya, tiada gunanya menjadi orang seni jika 'benda mudah' tidak diambil serius lebih-lebih lagi bila ia melibatkan nama besar seperti Allahyarham Sudirman! tak gitu?


GAMBAR-GAMBAR:
klik untuk imej besar...






























Sumber photo: AJL26 (TV3)

No comments: