31 January 2012

BILA SHILA AMZAH DITUDUH PEMBUNUH..!!


Bolehkah anda percaya kerana tergilakan seseorang artis itu ia boleh menyebabkan kematian? Dan inilah hakikat dakwaan seorang peminat yang mewujudkan sebuah akaun twitter membenci Shila Amzah yang didakwanya 'seorang pembunuh'..!

Untuk info, akaun yang menggunakan tweethandle @kami_anti itu khas diwujudkan bagi membenci Shila Amzah yang mana dulunya dia merupakan peminat setia artis itu. Akaun Twitter tersebut dikatakan telah didaftar pada 30 Januari 2012 iaitu sehari selepas Anugerah Juara Lagu (AJL26).





Dakwa pemilik akuan @kami_anti itu, kawan beliau mati bergaduh disebabkan Shila dan akuan anti Shila itu diwujudkannya khas untuk dia meluah perasaan. "Sebab kau kawan aku mati. Shila Amzah seorang pembunuh!" tulisnya dalam twitter tersebut.

Dalam hal ini, mungkin ada yang merasakan ia hanya gurauan atau sekadar cerita 'bangang' yang tak maauk akal. Namun sekiranya ia melibatkan artis popular seperti Shila, perkara kecil sebenarnya boleh disalaherti hingga membawa fitnah.

Berikut kami paparkan reaksi Shila mengenai pihak yang mewujudkan akuan twitter untuk membencinya itu. Walaupun merasa kecewa, namun sebagai artis yang memang sudah masak dengan asam garam dunia seni, Shila bagaimanapun tetap tabah menghadapinya.

Klik untuk imej besar...




Jawapan balas Shila & rakan2...





No comments: