31 January 2012

SAH ANA RAFFALI NIKAH 25 FEBRUARI 2012


Penyanyi Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26, akhirnya mengesahkan yang beliau akan bernikah dengan Ahmad Aznaim Abdullah (Naim), 30, pada 25 Februari ini di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Sebelum pernikahan, satu acara bertunang akan diadakan pada pukul 10.30 pagi disusuli majlis akad nikah sejam kemudian yang akan disempurnakan oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.

Sementara majlis resepsi pula akan diadakan pada hari sama sejurus lepas akad nikah juga di masjid Al-Hidayah.





Menurut Ana, beliau melakukan majlis persandingan di masjid bukan kerana masalah kewangan, tetapi kerana keluarganya mahu majlis tersebut dirai dalam suasana sederhana dan berkat.

"Keluarga Naim telah merisik saya pada awal bulan Disember 3012 dan kedua-dua belah keluarga menetapkan 25 Februari ini sebagai tarikh hari bahagia kami.

"Nak diikutkan kami ingin berkahwin pada hari lahir Naim pada 24 Februari kerana dia mahu kami dinikahkan sebelum umurnya menginjak 30 tahun.

“Kemudian, apabila difikirkan semula, tak apalah, sehari selepas itu pun tidak ada masalah," kata Ana dipetik sebagai berkata dalam sidang akhbar di PNB Darby Park, di sini, sebentar tadi.

“Saya rasa debaran kahwin lebih besar daripada AJL. Dugaannya lebih besar daripada kontroversi tahun lepas. Makna perkahwinan pada saya ialah satu perkongsian hidup daripada dua sahabat baik.

"Kami bermula sebagai kawan karib, saya mengelarkan dia sebagai teman jiwa saya. Saya menghargai kejujuran dia untuk memperisterikan saya. Saya mengharapkan dia akan sentiasa berlaku jujur, sentiasa sabar,” tambah Ana menceritakan serba sedikit mengenai bakal suaminya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai perkahwinan itu, katanya pihak perempuan akan menerima sebanyak tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Namun tambahnya wang hantaran tidak akan diberikan kepada pihak perempuan sebaliknya hanya menerima mas kahwin yang belum ditentukan jumlahnya.

No comments: