12 January 2012

FASHA NAFI NIKAH JEJAI DI THAILAND


Kalau tiada angin, masakan pohon boleh bergoyang? Apakah pepatah itu masih boleh digunapakai untuk gosip Fasha sandha yang didakwa sudah menikah di Thailand dengan Jejai?

Atau mungkin boleh digunakan kata lain seperti 'orang yang buang air besar atas jalan, siapa nak mengaku itu najisnya'? Ha ha... jangan marah, itu hanya pepatah sahaja, tiada kena mengena pada yang hidup mahupun yang sudah tiada.

Kerana seperti diduga, Fasha pasti akan menafikan gosip tersebut apabila ada pihak media mengajukan soalan 'cepu emas' itu padanya. Dan itulah yang berlaku di sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 (ABPBH25), apabila Fasha menjadi tumpuan media berkaitan isu panas tersebut.





Dakwa pelakon yang tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Paling Popular di ABPBH25 itu, cerita bernikah di Thailand adalah tidak benar sama sekali!

Tambah Fasha, dia tidak faham bagaimana gossip sebegitu boleh timbul sedangkan dia sudah beritahu sejak awal, bila tiba masanya nanti, segala perihal perkahwinan atau pernikahan akan didedahkannya.

Ohhh... jika begitu jawapannya, maka bolehlah dikatakan sumber Kakjee yang mendedahkan gosip nikah tersebut hanya propa semata-mata. Allahulam..!

No comments: