12 January 2012

MAJLIS RESEPSI KEDUA EZLYNN & ADAM


Gambar majlis resepsi kedua Ezlynn dan Adam Fahmi yang berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, semalam.

Majlis tersebut berkonsepkan musim luruh dengan gaya mediterranean. Ezlynn kelihatan anggun dengan busana gaya moden berwarna emas rekaan tiga pereka muda iaitu Nurliza Azulkarnain, Sya Shaharani dan Sharifah Mariam Syed Mohd.




Klik untuk imej besar...




Lebih menarik, Ezlynn juga tampil memakai kasut bertatahkan berlian emas rekaan pelakon Neelofa bernilai RM20,000 dan aksesori barangan kemas daripada Rafflesia bernilai jutaan ringgit.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Rafflesia, Sin Chean Loong, Pengarah Urusan Lord's Tailor, Robert Loh dan Kenny Loh dan kira-kira 200 orang tetamu. Turut hadir ialah Neelofa, Dafi, Jehan Miskin, Yasmin Hani, Lisdawati dan Fauzi Nawawi, Memey Suhaiza, Amber Chia, Adibah Noor, Farhan, Dynas Mokhtar dan Eja.

Untuk info, Ezlynn sah bergelar isteri kepada Adam, 35, yang juga pengurusnya pada pernikahan yang berlangsung 20 November lalu di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.





No comments: