12 January 2012

RUMAH WARDINA SAFIYYAH KENA ROMPAK


Perompak tidak mengira mangsa!

Begitulah yang berlaku terhadap Wardina Safiyyah apabila rumahnya dirompak oleh tiga perompak bertopeng beberapa jam lalu. Selain dirompak, suaminya Ikhwan turut dipukul oleh perompak tersebut apabila cuba mempertahankan diri.

Semuanya berlaku pada awal pagi apabila perompak tersebut dipercayai bersenjatakan tongkat dan parang memecah masuk rumah Wardina. Akibat rompakan tersebut, anak-anak Wardina menjadi trauma disebabkan kejadian menakutkan itu.





Wardina dan anak-anak jadi mangsa rompak...
Klik untuk imej besar...


Difahamkan, kejadian tersebut telah menyebabkan Wardina kerugian lima biji komputer riba miliknya dan keluarga. Bagaimanapun, tiada kemalangan serius atau kehilangan jiwa dilaporkan.

Syukurlah semua keluarga Wardina selamat... jadikanlah peristiwa pahit itu sebagai satu pengajaran hidup. Biarkah mereka mengambil harta atau wang ringgit, asalkan tiada kekerasan jenayah yang melibatkan nyawa.

Dalam kes ini, pihak polis pasti akan dapat memberkas penjenayah licik yang hanya berani merompak bagi menyara hidup. bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat... akhirnya akan jatuh ke tanah jua!





No comments: