10 January 2012

FASHA SANDHA & JEJAI NIKAH DI THAILAND?


Fuhhhh semangat bila dengar gosip terbaru tentang Fasha Sandha dan kekasihnya jejai yang didakwa sudah bernikah. Mereka bukan nikah di Malaysia, tetapi dikatakan bernikah di Thailand dan kemudian merahsiakan perkahwinan tersebut.

Aikkk... biar betul? Soal nikah jangan buat main-main sebab ia melibatkan banyak pihak yang mungkin tidak senang dengan hubungan tersebut. Al-maklumlah... Jejai datang dari keluarga berada yang pastinya mempunyai banyak halangan dan rintangan jika melibatkan soal nikah.







Nak tahu kami dapat sumber ini daripada mana? Biasalah... daripada wartawan pencen Kakjee yang mendakwa dah boring baca story Fasha dan Jejai asyik main tarik tali.

Dakwa KakJee, dia mendapat cerita ini daripada rakan facebooknya yang mendakwa Fasha dan Jejai dah nikah beberapa bulan lalu, tapi rakannya itu tak ingat tarikh yang tepat.

"Dia confirm yang FASHA DAN JEJAI SUDAH NIKAH di Thailand beberapa bulan yang lalu!! Nikah senyap2 sebab ada masalah. Kjee kata masalah keluarga ker sebab setahu Kjee, ibu Jejai tak suka Fasha! Opppsss maaf lah yer.

"Fren FB tu kata sikit lebih kurang macam tu lah. Kononnya pasangan pengantin baru tu sedang berusaha mencari jalan mengatasi masalah keluarga itu. Itu menyebabkan Fasha susah sangat nak buat pengumuman. Maklumlah, bab2 keluarga ni amat sensitif.

"Dan yang syoknya Kjee quote and unquote apa fren tu tulis semalam kat wall FB Kjee. Jangan korang nak cari sebab Kjee dah padam atas sebab2 tertentu.

"Katanya sikit lebih kurang begini: "Kalau Jejai ada kat rumah Fasha, kereta Jejai akan ditudung (dengan cover kereta kot). So kalau nak tahu Jejai ada, intai2lah kereta2 kat dalam kawasan rumah Fasha.." Dakwa KakJee seolah yakin sangat.

Kesimpulannya, entah benar entah tidak gosip yang disebarkan itu selagi Fasha dan Jejai tidak mengakuinya sendiri. Atau kita semua tunggu sahaja pencegah maksiat serbu rumah Fasha ketika Jejai ada di situ dan akhirnya mereka terpaksa serah surat nikah untuk 'mempertahankn diri'.

Tapi ini sekadar gosip semata-mata. Masakan Fasha tak mahu kongsi khabar gembira tersebut dengan peminat setianya jika dia benar-benar sudah bernikah! Tak gitu?

No comments: