11 January 2012

NASHA AZIZ NIKAH 'TUAN HAJI' DARI BRUNEI?


Selepas gosip Fazha Sandha didakwa bernikah dengan Jejai di Thailand, terbaru timbul pula gosip Nasha Aziz sudah selamat bernikah. Waahh... betul ke ni? Patutlah sejak beberapa bulan ni cerita tentang Nasha agak berkurangan di media... malah kali terakhir Nasha update status facebooknya pun pada bulan Oktober 2011 lalu... rupa-rupanya sudah menjadi raja sehari!

Menurut situkang gosip dalam laman sembang Cari, suami Nasha berasal dari Brunei dan merupakan seorang duda bergelar 'Tuan Haji'. Beliau dikatakan sudah bercerai dengan isterinya dan kemudian menikahi Nasha sejak beberapa bulan lalu.





"Correction. The guy yang kahwin Nasha ni ex wife bukan Caucasian hah, mintak ampun. Local woman ex wife p dah lama divorced lah.

"Khabarnya dah 5-6 bulan kahwin. Abis lah tentu wartawan scoop tis news nanti. Ampun lah tuan haji bocor citer kat sini lak," dakwa penyampai gosip tersebut.



Maaflah Nasha jika gosip ini tak benar, tetapi jika benar... benda yang baik buat apa nak sorok-sorok? Hubungan suami isteri bukankah satu hubungan yang halal, jadi tak ada apa yang perlu diselindungkan.

Oleh yang demikian, tahniah dan selamat pengantin baru sekiranya Nasha benar-benar sudah berkahwin. Tapi jika belum... sabar je la..!

No comments: