18 January 2012
HATTAN ENGGAN KOMEN
Meskipun pelbagai kontroversi melanda penceraiannya dengan Farah Asyikin Othman pada 19 Januari lalu, penyanyi Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 48, tetap tenang dan enggan memberi sebarang komen tentang punca ia melafazkan talak satu.
Menurut penyanyi lagu Biso Bonar itu, setelah melalui detik yang sukar itu, tibalah masanya dia meneruskan kehidupan dan menguruskan perniagaannya seperti biasa.
"Tiada lagi kenyataan akan dibuat berhubung dengan isu ini (cerai) lagi. Saya cuma nak relaks sahaja dan menjalani kehidupan seperti biasa," kata Hattan dipetik sebagai berkata.
Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...
Baru-baru ini, Hattan melafazkan cerai terhadap Farah di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli sekitar pukul 11.30 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan selepas hanya dua bulan mendirikan rumah tangga.
Majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada 11 November tahun lalu itu dibuat secara tertutup dengan kehadiran tetamu yang terhad di kediaman Hattan di Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Namun begitu, penceraian Hattan menimbulkan seribu teka-teki apabila tersebar gambar wanita mirip Farah sedang berpelukan dengan seorang lelaki di atas katil. Selain gambar, beberapa salinan email mengenai gugur bayi yang diletakkan di sebuah laman blog turut menjadi tatapan umum sekaligus mengaibkan bekas isterinya.
Dan bila diajukan persoalan itu, seperti dijangka Hattan enggan mengulas lanjut tentang isu gambar yang diperkatakan.
Bagaimanapun, Hattan mengakui tidak serik untuk berkahwin lagi sekiranya Allah menemukan jodoh untuknya dimasa depan.
"Serik atau tidak, semua itu kerja Tuhan dan Dia yang tentukannya. Saya tiada hak untuk berkata demikian (serik).
"Perancangan saya seterusnya, saya mahu main golf'," seloroh Hattan seolah mahu menenangkan hatinya yang penuh gelora.
Untuk info bersama, sebelum berkahwin dengah Farah, Hattan pernah mendirikan rumahtangga dengan wanita lain tetapi jodohnya tidak panjang. Hasil perkahwinan itu, Hattan telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman, yang kini telah berusia 13 tahun.
No comments:
Post a Comment