18 January 2012

ISU TWEET: AZWAN ALI 'KECUT PERUT' SAMPAI NANGIS?


Gara-gara mulut celupar mengata darah daging sendiri dengan ugutan berbunyi, ‘Salam, Let’s cekup jugak si BETINA NERAKA Ummi kasi REJAM hidup-hidup! Bako mayat dia’ dalam twitter, Azwan Ali disoal siasat polis berhubung perkara itu. Semuanya disebabkan Ummi Hafilda membuat laporan polis sebaik membaca ugutan tersebut kerana merasakan ia berbaur ancaman yang melibatkan nyawa.

Hanya beberapa jam selepas itu, Azwan Ali telah membuat satu sidang akhbar bagi menjelaskan kekeliruan itu. Katanya: “Negara bakal kehilangan seorang pengkritik hebat yang menentang usaha Ummi Hafilda membongkar perilaku salah seorang adik beradik saya iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali setelah saya mengambil keputusan untuk berbaik semula demi menjaga maruah keluarga.”

Klik untuk imej besar...




Terdahulu, Azwan turut menyatakan yang dia akan menghentikan komen di twitter mengenai politik negara.

“Saya akan menghentikan tweet mengenai politik. Saya turut meminta maaf kepada Tun Mahathir, Ummi Hafilda dan mana-mana pihak dalam akaun sosial,” ujar Azwan dipetik sebagai berkata.

Dalam sidang media itu juga, Azwan dan adiknya Ummi bersetuju untuk berdamai demi kebaikan keluarga. Dan ketika meluahkan perkara itu, kelihatan Azwan menitiskan airmata tanda kekesalan di hatinya.

Melihat perkembangan tersebut, dapatlah kita simpulkan bahawa Azwan bukanlah pejuang sebenar sebagaimana abangnya Azmin. Semuanya terbukti apabila Azwan ditahan polis untuk membantu siasatan selepas Umi membuat laporan... dia seolah 'kecut perut' dan berhenti 'melalak'!!







Foto kredit : Minda hijrah

No comments: