19 January 2012

BLOG POLITIK TUDUH WARDINA 'MAIN WAYANG'?


Ekoran dituduh hanya 'berlakon' dalam kes rompakan di rumahnya pada 12 Januari lalu, Wardina Safiyyah secara 'bijak' menjemput pihak yang mendakwa sedemikian agar menemuinya untuk mengetahui cerita sebenar.

Wardina berkata demikian bagi mengulas tuduhan yang dilemparkan oleh penulis blog yang mendakwa rompakan yang berlaku hanya 'sandiwara' untuk menagih simpati dan publisiti.

Pemilik blog juga mempertikaikan tindakan Wardina yang mendakwa berada dalam keadaan trauma tetapi sempat meminjam komputer milik jiran untuk menulis kejadian yang berlaku menerusi Twitter miliknya.

Media sempat merakamkan keadaan bilik Wardina selepas rompakan...




Sekadar lakonan? - klik untuk imej besar...


Dakwaan tersebut telah disiarkan oleh individu yang kononnya daripada sebuah parti politik itu dalam laman blognya sekaligus memalukan keluarga Wardina yang masih trauma dengan kejadian rompak itu.

"Saya tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pemilik blog itu seperti yang diminta.

"Jika dia mahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam mindanya sila datang berjumpa saya. Tidak ada sebab mengapa saya perlu membalas dengan menulis kenyataan saya untuk dia meletakkan jawapan saya itu di dalam blognya.

"Biarlah orang ramai sendiri yang membuat penilaian terhadap semua perkara yang ditimbulkan kerana saya sudah penat untuk bercakap mengenai hal tersebut," ujar Wardina dipetik sebagai berkata.

Tambah wardina lagi, dia tidak berasa terkesan dengan tulisan tersebut sebaliknya menganggap penulis blog itu terlalu mempunyai banyak masa untuk menulis pelbagai cerita mengenai orang lain.

"Mungkin ada segelintir pihak akan terpengaruh dengan entri tersebut dan memikirkan perkara negatif mengenai diri saya, tetapi saya percaya itu hanya mewakili segelintir pihak sahaja.

"Rakan-rakan dan keluarga tahu apa yang sebenarnya yang berlaku dan pada tahap ini itu sudah memadai.

"Dalam hal ini, saya minta penulis blog tersebut menulis sesuatu yang lebih bermanfaat dan berfaedah sebagai bahan bacaan supaya dapat mengembangkan minda masyarakat.

"Ada perkara yang lebih penting untuk saya fikirkan daripada melayan karenah orang sebegini yang nyata hanya membuang masa," ujarnya.

Untuk imbasan semula, pada 12 Januari lalu, Wardina mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila rumahnya dimasuki tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu amat memeranjatkan apabila tiga penjenayah bertopeng memasuki rumah Wardina. Bagaimanapun, tiada ahli keluarga pelakon dan pengacara itu yang cedera serius meskipun suaminya didakwa dipukul oleh perompak terbabit.

Dan kesimpulan daripada kemelut yang berlaku itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa pemilik blog itu seperti mahu menumpang publisiti meluas Media Massa dan Elektronik terhadap kes berkenaan.

Kerana sebagai penulis politik yang kononnya mewakili kerajaan untuk merealisasikan hasrat Perdana Menteri dalam menyatupadukan rakyat melalui konsep 1 Malaysia, beliau sebenarnya cukup 'dangkal' untuk mengetengahkan isu kurang matang seperti itu.

Ia sebaliknya hanya akan dilihat oleh masyarakat sebagai 'melepaskan batuk di tangga' semata-mata bagi seorang insan yang mempunyai ilmu pengetahuan. Kerana dalam konteks ini, tiada keperluan untuk mencari keburukan atau kesilapan sesiapa sekiranya ia bukan 'bermotifkan politik' diminda seorang penulis politik yang disangka 'bijaksana'!

Jadi benarlah kata pepatah, 'malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan'... atau yang lainnya, 'bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat'..!!

Screenshot apa yang ditulis oleh pemilik blog itu
mengenai kes Wardina di blognya - Klik untuk baca...




Sumber: Mstar

KLIK UNTUK KE BLOG YANG DIMAKSUDKAN...



No comments: