19 January 2012

FARAH CINTAI ALLY ISKANDAR KERANA 'MATANG'


Esok adalah hari di mana Farah Lee atau Nurfarahin Romli dan Ally iskandar bakal bergelar suami isteri. Debaran pastinya makin kencang apatah lagi Farah baru berusia 23 tahun manakala Ally pernah putus tunang hingga jadi bujang terlajak ke usia 36 tahun.

Menjawab soalan ini, kata Farah dia menerima Ally dengan hati terbuka dan bukan kerana Ally seorang personaliti popular.

“Saya terima abang (Ally Iskandar) sebab dia dapat terima dan hormat keluarga saya seperti keluarganya sendiri, malah keluarga saya juga dapat menerimanya dengan hati terbuka,” kata Farah dipetik sebagai berkata.





Tambah Farah yang menuntut ditahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Incheon, Korea Selatan itu, pertama kali dia bertemu bakal suami dan keluarganya ialah sehari selepas dia bertudung pada 20 Ogos tahun lalu bersamaan 20 Ramadan. Ketika itu, dia telah diajak adik Ally yang juga kenalannya sejak sekolah menengah berbuka puasa bersama abangnya di sebuah restoran.

“Saya sudah lama kenal kewujudan abang sebagai pengacara TV3, tetapi ketika itu saya tidak endah sangat sehingga adiknya mengajak saya bertemu abang dan dari situ bermula cinta pandang pertama.

Klik untuk imej besar...


“Walaupun umur kami berbeza 13 tahun, tetapi saya tidak kisah sebaliknya beruntung kerana dia lelaki matang dan lebih penting dapat membimbing saya yang baru berhijrah memakai tudung selepas menunaikan umrah tahun lalu,” tambah Farah.

Ketika ditemui media itu, Farah sedang sibuk membantu membuat persiapan perkahwinan di rumah keluarganya di Kampung Atas Tol, Terengganu.




Pantun untuk Farah dan Ally:

Bahulu kuih traditional 
Mangkuk timah penuh sarat
Kalau dahulu tidak kenal
Sekarang beramah semakin erat

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

No comments: