19 January 2012

'MULUT' AZWAN ALI KENA GODAM


Mungkin gara-gara mulut celuparnya memaki hamun, akaun twitter Azwan Ali @azwanNur tiba-tiba telah digodam oleh Team RileksCrew pagi ini.

Motif penggodaman tersebut tidak diketahui tetapi ia kemungkinan juga ada kaitan dengan ugutan Azwan terhadap Ummi Hafilda kelmarin. Bagaimanapun, semalam dalam satu sidang media di Restoran Al Rawsha, Azwan Ali telahpun berdamai dengan Ummi demi ikatan kekeluargaan.

Dan beberapa minit selepas menggodam twitter Azwan, RileksCrew menggodam pula blog azwan di URL http://silaserazwanali.blogspot.com. Namun seperti yang kita sedia maklum, blog tersebut kurang di update oleh Azwan sejak dia pulang dari Mekah.

Screenshot blog Azwan - Klik untuk imej besar...




Kira dalam nada seloroh, RileksCrew telah membantu Azwan untuk mengupdate blog tersebut dengan tajuk post 'Kurangkan kontroversi... Tingkatkan Prestasi'. Untuk info, beberapa bulan lalu, akaun laman sosial KRU turut digodam oleh  RileksCrew hingga memaksa Norman Abdul Halim membuat laporan ke pihak Cyber Security dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)

Namun dalam kes godam Azwan ini, ia kemungkinan tidak mematahkan semangat Azwan untuk terus 'mencili' pihak yang tidak sebulu denganya. Bak kata Azwan: "Amboi Amboi Amboi... Ada aku kesah???"

Screenshot twitter Azwan yang digodam...


No comments: