19 January 2012

ROSLIN HASHIM KAHWIN KALI KETIGA


Bekas pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim akhirnya mengakui yang dia sudah berkahwin baru pada akhir tahun lalu. Dengan perkahwinan terbarunya itu, Roslin telah berkahwin sebanyak tiga kali, tetapi sudah bercerai dengan dua isterinya yang lain.

“Ya, saya sudah kahwin baru...akhir tahun lalu.

“Saya tak boleh cakap siapa isteri saya demi menghormati keluarga orang rumah (isteri) saya. Saya juga berharap perkahwinannya kali ini adalah yang terakhir,” kata Roslin seolah mahu menyembunyikan sesuatu.

Gambar wanita yang didakwa menjadi isteri Roslin
Klik untuk imej besar...




Roslin ditemui media selepas selesai prosiding perbicaraan secara tertutup kes tuntutan ganti rugi perkahwinan sebanyak RM53,460 yang dikemukakannya terhadap bekas isteri daripada perkahwinan pertama yang hanya bertahan selama 12 hari, Faizah Mohamad, 35, di Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.

Hakim menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh menyambung perbicaraan termasuk tambahan empat saksi.

Untuk makluman, Roslin, 37, sebelum ini pernah berkahwin buat kali kedua dengan Pengarah Pemasaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Nurhayati Othman, 39, pada 9 Julai 2010 sebelum menceraikan isterinya itu 28 hari kemudian.

No comments: