06 January 2012

KHAIRUL FAHMI DIHADIAHKAN RUMAH RM200,000


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu!

Begitulah perumpamaan yang berlaku terhadap penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, apabila mendapat rumah bernilai RM200,000. Rumah bungalow tersebut dibina oleh Syarikat Binaraya Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah dihadiahkan oleh kerajaan negeri kerana Khairul Fahmi mengharumkan nama Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010.

Klik untuk imej besar...






Majlis penyerahan kunci rumah kepada Khairul Fahmi telah disempurnakan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Taman Kurnia Jaya, Kemumin, Pengkalan Chepa, Kota Bharu baru-baru ini.

“Kami tidak pernah menyangka akan mendapat hadiah sebegini besar. Saya bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan ini. Setelah lebih kurang 20 tahun tinggal di rumah sewa akhirnya kami akan berpindah ke rumah sendiri," ujar ayah Khairul Fahmi, iaitu Che Mat.

Tambahnya, beliau amat bersyukur di atas sumbangan rumah yang dihadiahkan kerajaan negeri dan bakal berpindah ke situ dalam masa terdekat.





"Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik Asia dan menjadi idola rakyat Kelantan. Saya berbangga dengan Khairul Fahmi dan akan memberikan hadiah kepada rakyat yang cemerlang dalam apa jua bidang sebagai rangsangan.

"Mereka yang berbakat dan cemerlang ini perlu menunjukkan contoh baik, bebas dari salah laku sosial dan pengaruh dadah kerana dadah boleh memusnahkan kehidupan," ujar Datuk Nik Aziz.

Selain itu, beliau juga menasihatkan Apek agar cepat mendirikan rumah tangga supaya kehidupannya lebih sempurna dan maruahnya terpelihara.

No comments: