06 January 2012

CINTA HAFIZ AF7 DAN ADIRA AF8 BERKUBUR


Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari... ikhlasnya, pepatah ini amat bersesuaian sekali dengan juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, yang mendedahkan bahawa hubungan cintanya dengan Adira (AF8) sudah berkubur.

"Hubungan cinta yang dibina hampir setahun itu retak disebabkan isu kontroversi yang membabitkan kami sebelum ini. Ia juga turut mengganggu kerjaya kami dalam bidang seni.

"Walaupun tidak lagi berhubungan, kami masih lagi berkawan. Keputusan ini dibuat kerana kami ingin memberi fokus kepada kerjaya yang baru beberapa tahun kami bina.





"Disebabkan banyak kontroversi yang melanda kami selama ini, keadaan tersebut telah memberi kesan kepada perhubungan yang kami bina. Ia tiada kaitan dengan orang ketiga.

"Emak saya pernah berkata, sebelum menyayangi orang lain, sayangi diri sendiri dahulu. Dan itulah yang saya lakukan, di mana saya mahu kerjaya saya sebagai penyanyi stabil terlebih dahulu," kata Hafiz dipetik sebagai berkata.

Untuk info, kontroversi berlaku pada pertengahan tahun lalu apabila Hafiz didakwa bertindak kasar terhadap 'seorang wanita' pengurus pentas. Dakwa mangsa, Hafiz telah menolaknya hingga mengakibatkan kecederaan ketika rakaman sebuah program hiburan.

Semuanya gara-gara sikap cemburu Hafiz apabila wanita yang bergaya 'tomboy' itu dipercayai cuba menjalinkan hubungan sejenis dengan Adira.

Klik untuk imej besar...


No comments: