07 January 2012

DIANA & FARID KAMIL NAFI BERKAHWIN 2012


Jika sebelum ini ada blogger dan media yang membuat spekulasi mendakwa Diana Danielle, 21, akan berkahwin pada tahun ini dengan Farid Kamil, namun semua gosip tersebut akhirnya dinafikan oleh tuan empunya badan sendiri.

Menurut Diana, dia dan Farid terkejut dengan spekulasi tersebut kerana mereka sebenarnya masih belum merancang ke arah itu.

Klik untuk imej besar...




"Macam manalah gosip itu boleh timbul dan saya rasa ia bukan isu yang penting untuk dihebahkan kerana kami tidak merancang untuk berkahwin.

"Lagipun saya masih muda dan banyak perkara yang perlu diberi fokus pada tahun ini. Alhamdulillah kami masih selesa dengan perhubungan cinta ini dan biarlah masa menentukan sejauh mana perhubungan ini boleh pergi," ujar Diana dipetik sebagai berkata.

Terdahulu melalui gosip yang berputar, pasangan selebriti ini didakwa sudah memulakan perbincangan asas tentang niat untuk mendirikan rumah tangga. Malah mereka juga dikatakan sudah bersedia bergelar suami isteri pada tahun ini walaupun usia Diana masih mentah.

Nah sekarang anda sudah dimaklumkan sendiri oleh Diana yang dia masih belum bersedia kerana masih muda. Oleh yang demikian, Diana dan Farid nampaknya tidak dapat 'bersanding' sebagaimana beberapa artis lain yang sudahpun menempah atau menetapkan tarikh perkahwinan mereka tahun ini.

No comments: